Demam Gwiyomi Si Budak Cute

22 April 2013

bukan utk lelaki

Panas, panas... Demam panas Gwiyomi...

Korang pun kena demam Gwiyomi ke?... video budak comel bertudung tu, "1 + 1 = Cutie, 2 + 2 = Cutie"... takde lah budak sangat... anak dara kot...

Gwiyomi ni atau Kiyomi adalah slanga Korea yang bermaksud 'orang comel'...

Bagus sebenarnya Gwiyomi ni terutamanya untuk perkembangan motor planning budak-budak macam anak Siti si Ahmad ni...

Kelmarin beri Ahmad tonton video tu, dia leh imitate pergerakan seperti yang dilihatnya...

Cuma untuk anak dara... atau bahasa mudah iaitu yang dah baligh...
Tak elok lah...
Tunjukkan aksi manja anda pada bukan mahram...
Pulak tu dipromosikan melalui Youtube...

Kalau nak sangat tunjuk aksi manja... (memang manja pun... hehe... dia tu original bukan dibuat2 taw)
Tunjuklah pada suami hangpa... mak hangpa... bapak hangpa...
Kalau macam tu tak haram pun...

Ni letak di Youtube , kini menjadi bahan sebaran diantara remaja lelaki yang tergila-gilakan anda...
Jangan tersilap menggunakan kecantikan... dan kelebihan yang Allah kurniakan yang hanya pinjaman semata2...

Kecantikan kemanjaan mu khas untuk mahram mu atau suami mu... khaskan la hanya untuk suami mu sahaja... kalau ada suami lah...
Hehe...

So nasihat ni amik lah grain of salt... belapang dada... open to semua peminat Gwiyomi...

Anyway, Siti pun Gwiyomi sama dengan Ahmad...
Nak Gwiyomi, buat lah... tapi berpada dan jangan sampai tabarruj atau melanggar batasan agama Islam.

Yang ada suami tu, rakam lah satu video Gwiyomi buat pengikat suami isteri...kan kan kan :)
Allahua'lam...

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: