Apabila tahap kesihatan seseorang ibu itu tidak baik, beliau disarankan untuk tidak berpuasa samada ketika sedang hamil atau menyusui anaknya. Setiap ibu harus memastikan tahap kesihatannya baik supaya bayi dalam kandungan atau yang disusui tidak terjejas. Ibu yang mempunyai penyakit seperti dibawah disarankan agar tidak berpuasa :
1- Ibu yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil. Ibu ini sentiasa lemah, berasa mual dan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh kerana muntah dengan kerap. Semasa peringkat ini, ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang penuh berkhasiat.
2- Ibu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Biasanya,pesakit ini memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, penyakit menjadi tidak terkawal dan perkembangan bayi dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas.
3- Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah semasa hamil. Keadaan boleh menjadi lebih teruk semasa berpuasa.
4- Ibu itu sendiri merupakan seorang pesakit jantung.
5- Ibu yang mengalami pendarahan semasa hamil.
Oleh itu, ibu-ibu ni kene la makan dan minum makanan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka. Jangan lah jadikan alasan penyakit yang dialami tidak membolehkan kita puasa. Ramadhan hanya sekali. Belum tentu kita bertemu Ramadhan yang lain pd masa akan datang.
Apa yang penting adalah memohon pertolongan dari Allah. Seeloknya masa sahur dan berbuka minum air masak secukupnya.. ;)
Adakah Ibu Yang Hamil Boleh Berpuasa?
Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yang normal oleh itu, ibu yang hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan seperti biasa. Perkara yang penting ialah ibu perlu memastikan tahap kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungannya. Tahap kesihatan ini mencakupi sepanjang tempoh hamil dan ibu perlu sentiasa menepati setiap temujanji pemeriksaan antenatal. Jika semuanya berada dalam keadaan baik dan terkawal, maka ibu boleh berpuasa seperti biasa. Namun, jika sebaliknya, maka bakal ibu tidak digalakkan untuk berpuasa. Factor utama yang menentukan kebolehan seseorang ibu untuk berpuasa semasa hamil ialah tahap kesihatan dan pemakanan yang baik. Hal ini demikian, kerana pemakanan ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin dan juga proses penghasilan susu yang bermula sejak dari awal kandungan lagi.
Harus diingatkan apabila ibu berpuasa, bayi dalam kandungannya tidak turut berpuasa. Sebenarnya, bayi dalam kandungan boleh mengambil terus makanan yang diperlukan melalui uri. Fungsi uri adalah untuk mengirimkan makanan yang diperlukan oleh janin dalam kandungan ibu secara berterusan. Oleh itu, ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tidak bermakna ibu harus makan untuk dua kali lebih banyak kerana pemakanan yang berlebihan juga akan memudaratkan diri sendiri.
Fasa trimester ketiga merupakan masa tumbesaran yang paling hebat dan berat janin akan bertambah dengan cepat. Namun demikian, tumbesaran janin sebenarnya berlaku dengan pesat bermula dari minggu ke-12 sehinggalah ke minggu ke-36. Setiap organ mempunyai waktu tumbesaran kritikalnya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu untuk tumbesaran kritikal untuk otak adalah pada minggu ke-18 kandungan. Oleh itu, ibu hendaklah mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh hamil.
Sebenarnya, pemakanan ibu baik hendaklah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Jika seseorang ibu menjaga pemakanannya sejak dari kecil, factor ini akan mempengaruhi status pemakanannya apabila sudah dewasa dan khususnya semasa hamil. Namun, masih tidak terlambat untuk ibu yang tidak mempunyai gaya pemakanan yang sihat pada masa muda untuk mengubah cara pemakanan apabila mereka hamil. Semasa ibu membuat temujanji yang pertama di klinik antenatal, datah ibu akan diambil untuk menetukan sel darah merah. Aras sel darah merah yang baik adalah antara 11-12mg/dl. Maknanya, ibu mempunyai sel darah merah yang mencukupi untuk membekalkan nutrient dan oksigen bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungannya.
Sudah baco...Harap komen...
Ikut kajian pon, bayi dlm kandungan tetap mendapat nutrisi macam biasa walaupun siibu sedang berpuasa. Jadi isu keputusan utk berpuasa lebih bergantung kepada keadaan siibu dpd keadaan sibayi.
ReplyDeleteyoure right dear :D
Deletehukum berbuka tu harus, mksudnya wajib berpuasa selagi mmpu.. dh tak mmpu bru buka..
ReplyDeleteoakley vault sunglasses
ReplyDeletekate spade bags
true religion outlet online
coach factory outlet
air max 90 white
pandora charms
nike tn pas cher
christian louboutin outlet
ugg boots on sale
uggs boots
yeezy boost
louis vuitton outlet
abercrombie outlet
timberland uk
coach factory outlet online
coach factory outlet
christian louboutin shoes
cheap ray bans
fitflops shoes
christian louboutin shoes
michael kors outlet store
burberry bags
birkenstock outlet
moncler uk
coach outlet online
adidas superstar white
timberland boots outlet
polo ralph lauren
polo ralph lauren men
converse outlet
louis vuitton handbags
louis vuitton outlet online
michael kors handbags outlet
hollister uk
nike air force black
louis vuitton handbags
20160902caiyan
michael kors canada
ReplyDeletemoncler jackets
mcm outlet
michael kors outlet
michael kors handbags outlet
ugg boots
the north face
michael kors bags
converse outlet
wholesale nike shoes
2016105caiyan