Cara Mengatasi Nursing Strikes (Mogok Susu)

17 December 2012


Cara memujuk anak yang mogok susu untuk kembali menyusu:

1. Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju > ibu-ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik & puting lebih panjang

2. Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis

3. Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur

4. Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap

5. Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi, mengenjut dsb.

6. Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh

7. Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu

8. Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu

9. Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya

Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama (bergantung kepada bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon pengeluaran susu.

Beri susu perahan kepada bayi dengan sudu, picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan. Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran susu yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol, jadi dia lebih mudah beralih untuk menyusu badan.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: