- Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
- Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
- Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
Home » All posts
Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Musim Perayaan Atau Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti
18 August 2012
Persiapan Sebelum Pulang Berhari Raya
16 August 2012
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan.
Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Di sini kami berkongsi panduan atau tips-tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.
Faedah Susu Ibu Terhadap Kanak-Kanak
15 August 2012
Sering kali kita tertanya apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula walaupun secara umumnya kita mengetahui kebaikannya melebihi apa yang ada pada susu formula. Jom lihat gambar dibawah bagi menerangkan faedah susu ibu terhadap kanak-kanak.
Khadijah Firdaus
Remove Youtube Controls Such As Play, Pause And Title
13 August 2012
Assalamualaikum. Hari ini Siti nak kongsikan bagaimana nak customize youtube di web anda dengan menggunakan html kod.
Jika anda mahu membuang butang kawalan pada paparan video youtube seperti (play/pause/volume/dan lain-lain), tajuk, logo watermark dan juga meletakkan autoplay, adnda boleh menggunakan kod dibawah:
<center><iframe src="http://www.youtube.com/embed/HAR49CWiEjY?modestbranding=1&title=&autoplay=1&re l=0&controls=0" type=”application/x-shockwave-flash” frameborder="0" width="600" height="400"></iframe></center>
masukkan embedded kod youtube anda sendiri dengan digantikan pada kod yang berwarna merah diatas.
Khadijah Firdaus
Faedah Susu Ibu Terhadap Bayi
12 August 2012
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233;
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
yang bermaksud ;
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan"
Cara Penyimpanan Susu Dan Mencairkan Susu Beku
11 August 2012
Panduan penyimpanan susu dan mencairkan susu beku, Pada akhir tahun 2011, Siti ada menulis Post dengan tajuk yang hampir sama iaitu penyimpanan susu ibu, maklumat tambahan bagi ibu bekerja dan menyedia dan memanas susu ibu, cuma kali ini Siti ingin memberikan penerangan bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan.
Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)
Subscribe to:
Posts (Atom)








