Countdown to New Year 2012 With Ustaz Azhar Idrus

31 December 2011

 

Hari ni mybabyahmad mencadangkan bagi sesiapa yang mahu menyambut tahun baru 2012 di luar, Jom kita ke 'Countdown to New Year 2012' di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Disamping berhibur, dapat juga kita meluangkan masa diluar bersama anak-anak dan kaum keluarga dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat / bermunafaat disamping mendidik anak-anak dan kaum keluarga tentang hiburan positif cara yang dianjurkan oleh Islam.

InsyaAllah, Siti akan menunggu sehingga program jam 9:30pm habis, pastu pulang lah ;)

Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX

30 December 2011

My Lovely Nifty Thrifty

Bila mybabyahmad berkata tentang lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX, pastinya wujud hubungan terus dengan badan kamera jenis DX atau jenis sensor bingkai kecil (crop frame sensor).

Lensa ini masih boleh digunakan bersama badan kamera jenis FX atau jenis sensor bingkai penuh (full frame sensor) dengan limitasi vignette pada bukaan aperture yang lebih kecil dari f1.8 seperti f2, f2.8, f3.5, f4, f5.6, f8, f11 dan seterusnya.

FOV lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX pada badan kamera jenis DX adalah sama dengan FOV lensa 50mm pada badan kamera jenis FX atau sensor bingkai penuh (full frame sensor).

Harga Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX adalah diantara RM700 - RM760. Kalau lebih dari tu, anda kene tiaw ;)

Kehadiran Raksa : TYT Minyak Daun Ubat Dan Kesannya

29 December 2011


Produk Tradisional Twee Hong Suah Dibatal Pendaftaran 
Melalui berita yang disiarkan di TV3 jam 1:30 petang (29/12/2011)

Pihak berkuasa kawalan dadah telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar - Twee Hong Suah yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Pengilang produk juga telah diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta  dan menarik balik kesemua produk itu dari pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyatan memaklumkan kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti pengawasan mutu produk berdaftar.
Ia dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Hasilnya ia didapati gagal ujian had merkuri dengan kandangan merkuri dikesan pada tahan tinggi melebih had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 miligram per kilogram.
Penggunaan logam berat itu dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit, bengkak dan kulit mengelupas.
Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit birit, batuk dan demam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk itu dengan serta merta.

DIY Dry Box : Make Your Own

28 December 2011

Bagaimana Mybabyahmad Membina Sebuah Dry Box


Sebelum mybabyahmad menerangkan bagaimana membina sebuah Dry Box, mari kita lihat gambar fungus (klik sini...) seterusnya Jom kita lihat apa yang perlu ada untuk membina sebuah 'Do It Yourself Dry Box', pertama sekali mestilah memerlukan bekas (container) atau yang kedap udara contohnya bekas dari Tesco seperti gambar yang diatas atau 'tapawer' yang boleh memuatkan lensa Nikon 50mm f/1.4 AF-S atau lensa 10-24mm AF-S Nikkor f/3.5-4.5G DX ED, harga bekas plastik ini tidak sampai RM4.

2 Barang Yang Perlu Di Dalam Peti Sejuk

27 December 2011

Mudah Tapi Perlu


2 barang yang senantiasa Siti cuba adakan di dalam peti sejuk 'prepare for trouble, make it double' :D
  1. Fever Patch
    • (harga dipasaran sekitar ±RM30 untuk sekotak 16 isi / keping)
    • untuk dilekatkan didahi bayi / anak bertujuan menormalkan suhu badan yang tinggi.
  2. Ice Pack
    • (harga dipasaran sekitar RM5 tidak kira saiz)
    • bertujuan mengekalkan suhu sejuk yang konsisten dengan cepat, suhu boleh menjadi kurang sejuk akibat kesan dari aktiviti membuka peti sejuk berulang kali.

    Khadijah Firdaus

    Listen And Download The Holy Quran In Mp3 Format

    26 December 2011

    ahmad mengaji
     
    Recites by : Sheikh Mishary Rashed Alafasy.
    Untuk mendengar, klik sahaja pada perkataan 'Download'
    Untuk menyimpan mp3, klik kanan pada 'Download' dan 'save link as...' dan tekan 'yes'