Anak Adalah Masa Lalu Kita

18 April 2013

pom pom pom pom

Ahmad siap berbaju kurta, kali ini tripod abi dia pula jadi mangsa sebagai alatan senjata animasi beliau...

"pom pom pom pom pom pom pom pom..."

Dia semakin bijak, tapi minatnya terhadap kamera tak kalah sebagaimana Abi, kecenderungannya mula terserlah masa umur 10 bulan... yang ketika itu dia sudah mampu mengangkat D90 mendekati mata dengan selamba...

Cepatnya masa berlalu...

Anak seperti masa silam kita... maka layan lah mereka dengan baik kerana mereka adalah kita yang lalu...

dan orang tua kita adalah masa depan kita... maka layan lah mereka seperti mana yang kita mahu dilayan masa akan datang...

Mati Menghidup Hati

17 April 2013

mati

Ramai orang menyangka bahawa mereka hidup lama... dan telah TER lupa akan mati...

Seolah-olah mereka tidak akan mati...

Begitu juga dengan orang yang dah mati... tidak menyangka dirinya yang telah mati masih lagi hidup...

Nyatanya mereka itu hidup...

Refleks Tegangan Leher

Hari ini Bilal berumur 54 hari. Gambar di bawah menunjukkan refleks (gerakan spontan) yang wujud pada bayi berumur sehingga ke 6 atau 9 bulan.

Ia dinamakan 'refleks tegangan leher' (ATNR)- Asymmetry Tonic Neck Reflex.

Penunjuk:
INPUT
REFLEKS

refleks ATNR kanan

Lawatan ke ATM Tentera Darat Malaysia

16 April 2013

Hujung minggu awal April yang lalu, kami menghadiri hari terbuka ATM (tentera darat) di kem tentera sungai buloh. 

Di rumah, apa sahaja Ahmad pegang boleh jadi senjata animasi dia, pom pom pom pom pom... gitu lah bunyi dia yang comel.

Kali ni, amekaw senjata betul!

ahmad tembak

Coway Petit oh Coway Petit

14 April 2013


Pencarian Water Filter Treatment.
Semenjak berpindah kerumah baru kurters kerajaan ni. Bermacam-macam barang baru masuk, mesin basuh, peti ais, dan water filter bla bla bla... Sebenarnya kami tak terniat pun beli water filter treatment atau juga dipanggil water purifier ni.

Tetapi disebabkan karat yang sangat melampau dari tangki blok ni menyebabkan Siti seluarga tak lalu nak minum air walau telah ditapis (mineral pot) dari penapis cikai jenama Pensonic.

Walau pun pokcik Pensonic ni status nye penapis cikai, tetapi filter air ini telah berkhidmat dengan kami selama lebih satu bulan. Siti bagi 4 bintang untuk perkhidmatannya, lihat lah apa kerja nya...

WOW, memang gerun... Dari asal clear white tanpa cela sehingga terhasil selaput karat kusam geli geleman camni hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja!

Sudah Berhenti Kerja : Babysitter atau Menjahit

13 April 2013



Selepas 3 bulan dah behenti kerja. Mula lah pikir-pikir nak buat apa untuk tambah duit poket sendiri. Cukup atau tak pendapatan tu urusan Allah. Ada orang makan sikit dah kenyang, ada orang makan sampai 3 pinggan baru kenyang, ada pulak duit dalam bank berbilion-bilon, tapi bila nak masuk sebutir nasi kedalam mulut pun dah tak lalu dan ada pula dapat makan tapi sampai sekampit beras pun tak kenyang-kenyang.

Sekarang ni Alhamdulillah walau abi dia je yang bekerja. Ada pro and kontra bila berhenti kerja ni. Ramai orang sekeliling kata rugi la apa la bila berhenti kerja ni, alasan diorang kata dulu belajar penat-penat, skarang nak berhenti kerja. Ada pula kes dimana ibu bapa bekerja, hantar nursery, kemudian anak kena dera, atau kene sindrom bayi goncang dan sebagainya. Nak kata untung pun tak boleh, sebab untung atau rugi tu semua Allah yang tentukan. Bukan kerja manusia dan bukan kerja wang.

Fangnaeir oh Fangnaier

12 April 2013

Pengalaman Siti Menggunakan Fangnaier Natural Bamboo Body Shaper Slim Suit

Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Slim Body Shaper
Sekarang ni dah masuk 4 helai Fangnaier Siti telah gunakan. Secara purata setahun 2 helai Fangnaier. Bagi pendapat Siti, memang puas hati pakai lagipun berbaloi-baloi. Siti suka pakai sebab slim suit ini akan 'force' and 'promote' kita untuk duduk dan berdiri dengan tegak,  oleh itu posture badan pun tebentuk cantik dan aliran darah pun mantap. Selepas bersalin anak yang ke-2, Siti terus memakai bengkung dalam jangkamasa 1 bulan dan bulan seterusnya sambung terus pakai body shaper Fangnaier ni (sama macam semasa bersalinkan Ahmad dulu). Sebagai tokey yang jual Fangnaier ni, memang takde masalah nak pakai berapa helai pun.