Showing posts with label Woongjin Coway. Show all posts
Showing posts with label Woongjin Coway. Show all posts

Servis Pertama Cody Untuk Coway Petit Ku

26 May 2013

air coway yang bersih

Pada hari ahad lepas, cukup lah sudah Coway Petit ku beroperasi selama 2 bulan dengan memberikan khidmat terbaik dalam menapis dan menuras untuk menghasilkan air yang bersih bagi seisi keluarga kami.

Servis pertama ini dilakukan dengan membersihkan Filter 1 yang menapis bahan-bahan seperti karat dan lumpur. CODY (Coway Lady) yang bertugas juga membersihkan tangki simpanan Coway Petit kami... Alhamdulillah tiada kekotoran di bahagian tangki simpanan air mesin Coway Petit.

Coway Petit oh Coway Petit

14 April 2013


Pencarian Water Filter Treatment.
Semenjak berpindah kerumah baru kurters kerajaan ni. Bermacam-macam barang baru masuk, mesin basuh, peti ais, dan water filter bla bla bla... Sebenarnya kami tak terniat pun beli water filter treatment atau juga dipanggil water purifier ni.

Tetapi disebabkan karat yang sangat melampau dari tangki blok ni menyebabkan Siti seluarga tak lalu nak minum air walau telah ditapis (mineral pot) dari penapis cikai jenama Pensonic.

Walau pun pokcik Pensonic ni status nye penapis cikai, tetapi filter air ini telah berkhidmat dengan kami selama lebih satu bulan. Siti bagi 4 bintang untuk perkhidmatannya, lihat lah apa kerja nya...

WOW, memang gerun... Dari asal clear white tanpa cela sehingga terhasil selaput karat kusam geli geleman camni hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja!