Pencarian Water Filter Treatment.
Semenjak berpindah kerumah baru kurters kerajaan ni. Bermacam-macam barang baru masuk, mesin basuh, peti ais, dan water filter bla bla bla... Sebenarnya kami tak terniat pun beli water filter treatment atau juga dipanggil water purifier ni.
Tetapi disebabkan karat yang sangat melampau dari tangki blok ni menyebabkan Siti seluarga tak lalu nak minum air walau telah ditapis (mineral pot) dari penapis cikai jenama Pensonic.
Walau pun pokcik Pensonic ni status nye penapis cikai, tetapi filter air ini telah berkhidmat dengan kami selama lebih satu bulan. Siti bagi 4 bintang untuk perkhidmatannya, lihat lah apa kerja nya...
WOW, memang gerun... Dari asal clear white tanpa cela sehingga terhasil selaput karat kusam geli geleman camni hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja!








