Kenapa Madu Tidak Sesuai Bagi Bayi ?

19 December 2012


Kenapa Madu Tidak Sesuai Bagi Bayi ?

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Senarai Tempat Awam Yang Mempunyai Nursing Room Di Malaysia

18 December 2012



Senarai Tempat Awam Yang Mempunyai Nursing Room di Malaysia

Perlis

Kedah
1. Tesco Mergong
2. Pacific (Tandop)
3. Tesco Sg.Petani Utara (dlm kwsn playground dkt food court)
4. Tesco Sg.Petani Selatan (dkt toilet dan surau - kwsn foodcourt)
5.Tesco Kulim (dekat toilet& surau.sgt selesa dan baru)
6.Tesco StarGate,Alor Star (dekat kedai2 luar tu.selesa jugak.tp kalau pintu kunci,kena ketuk2 sbb selalu cleaner bangla tesco mengular kt situ.hampeh tul)

Cara Mengatasi Nursing Strikes (Mogok Susu)

17 December 2012


Cara memujuk anak yang mogok susu untuk kembali menyusu:

1. Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju > ibu-ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran susu lebih baik & puting lebih panjang

2. Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis

3. Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur

4. Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap

Nursing Strikes Dan Punca Puncanya (Early Weaning)

16 December 2012


Nursing Strikes Dan Punca Puncanya (Early Weaning)

Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2.Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit?Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Senarai Pusat Asuhan Taska Pengasuh Yang mengendalikan Susu Ibu

15 December 2012


Senarai Pusat Asuhan Taska pengasuh Yang mengendalikan Susu Ibu Mengikut Negeri

PESANAN:
MENJADI TANGGUNGJAWAB IBU2 UNTUK SEMAK SENARAI BERIKUT SAMAADA BERDAFTAR DENGAN JKM @ TIDAK & MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA.


Sarawak
•    Taska Intan (Kuching)
•    Taska Annisa (Kuching)

Sabah

Johor
•    Taska Bonda Mama, Tmn Pulai Flora
•    Taska E-Qaseh, Taman Pulai Indah. Contact : Pn Sue 019 788 3510 / Pn Amy 019 789 2060

Melaka
•    Taska Nur Balkis Iman, Taman Merdeka

Kisah Fudholah Bin Umair Mahu Membunuh Rasulullah

14 December 2012

Murabbi Habib Ali Al-Jufri & Syeikh Usamah di Mesir 2012

Kisah Fudholah Bin Umair Mahu Membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Sebuah kisah dipetik dari ceramah Murabbi.
Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kerana Baginda memandangnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."

Adat Vs Syariat : Tepung Tawar Tabur Beras Kunyit

13 December 2012


Bertepung tawar dan menabur beras kunyit.

Ini merupakan adat turun-temurun yang dilakukan ketika majlis persandingan dilangsungkan. Sepanjang pembacaan sayatentang perkara ini , antara tujuan dilakukan perkara ini ialah untuk menambahkan semangat berdasarkan kekuningan padi kepada kedua pengantin. Terdapat juga jampi dan mentera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan menghalau roh-roh jahat dam sebagainya.