Adat Vs Syariat : Bersanding

12 December 2012

Adat Vs Syariat : Bersanding

Bersanding dikatakan tujuannya adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin. Perkara ini berbalik kepada hukum asal melihat wanita bagi lelaki ajnabi. Menurut para ulama, lelaki ajnabi diharamkan melihat wanita ajnabi walaupun bukan dengan tujuan syahwat. Ini jika tiada sebab yang mengharuskan bagi seorang lelaki tersebut melihat kepada wanita ajnabiah. Jika mempunyai sebab yang dibenarkan syarak seperti meminang, di dalam majlis pengajian, berubat dan ketika jual beli maka tiadalah masalah untuk lelaki ajnabi melihat kepada wanita ajnabiah.

Kasih Ayah IPG Melaka

11 December 2012


Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

Hendak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke me
laka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

9 Ciri Wanita Yang Menjadi Perhatian

10 December 2012


9 WANITA YANG JADI PERHATIAN
بسم الله الرحمن الرحيم

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan, lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress, cemas, gelisah dan senang.

Adat Vs Syariat : Dosa Umum Walimatulurus

09 December 2012


KASIHAN SI SUAMI BARU SEHARI MENJADI SUAMI TELAH menanggung BERJUTA DOSA akibat si ISTERI...

Sekarang ini adalah musim cuti sekolah dan dalam musim cuti sekolah seperti ini, tauke khemah, tauke ayam, tauke daging, mak andam dan tauke telur ayam selalunya tersenyum lebar kerana pendapatan mereka meningkat maklumlah ramai orang membuat majlis kenduri kahwin.

8 Ciri Wajib Ada Pada Seorang Pemimpin Islam

08 December 2012


Sabda Nabi S.A.W: “Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua”. (Riwayat Abu Daud)

Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38:
“Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah
dikerjakannya”.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 41:
“Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru
(manusia) ke neraka dan pada hari Kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan”.
Ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik:

1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’ atau dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41:
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Year End Sale at Space U8 Bukit Jelutong Timur

07 December 2012



Space U8 terletak di lokasi Bukit Jelutong Timur, jualan murah ini berlangsung selama sebulan sehingga akhir tahun 2012 ini sehingga potongan 70%-80%. Menurut rakan kami, Esyamimi yang telah sampai kesana pada minggu sebelumnya, harga kasut disini adalah jauh lebih murah berbanding pada jualan hari-hari biasa dimana kasut yang berharga RM300 kini hanya boleh didapati dengan harga RM100. Kami bukannya peminat kasut, habis satu baru beli satu, ni pun ambil kesempatan disebabkan Abi dah tiada kasut jogging untuk beriadah bersama yang selama ini Abi menggunakan kasut kerja bagi ke semua aktivitinya.