Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Mitos Produk Supplement Milk Booster (Tambah Susu)

11 June 2013

booster pump

Oh.. saya telah dianggap ANTI SUPPLEMENT dan MENUTUP PERIUK NASI PENIAGA pula sekarang kerana saya tegas menyatakan SUPPLEMENT TIDAK MENAMBAH SUSU IBU.

Mari saya terangkan sedikit sebagai pencerahan kepada ibu yang menyusukan, kepada ibu yang bakal menyusukan, kepada peniaga supplement, kepada yang dah terfikir2 nak ambil supplement sebab nak menambah susu badan.

1. Penyusuan susu ibu sebagaimana perkara lain dalam dunia ini ada rukun dan konsep asas yang perlu diikuti tanpa gagal untuk Berjaya. Rukun dan konsep asasnya ialah DEMAND AND SUPPLY / PERMINTAAN DAN PENAWARAN. Sebagaimana dalam konsep ekonomi, kalau tiada permintaan maka tiada juga penawaran begitu juga dalam Penyusuan Susu Ibu, jika tiada permintaan (penyusuan bayi secara terus atau pengepaman) maka tiadalah penawaran (pengeluaran susu)