Pesan Dari Abimu

06 February 2013


Wahai anakku,

Bukanlah seorang kaya seandainya orang miskin tidak mendapat manfaat dari kekayaannya. Demikian juga bukanlah bukanlah seorang alim, seandainya orang jahil idak dapat manfaat dari ilmunya. Bukanlah seorang yang gagah dengan bermegah dengan kekuatannya di hadapan orang lemah, Bukanlah seorang yang gagah seandainya ia tidak mampu membuang selimut yang menutupi badannya untuk bangun disaat orang lain tidur. Sebesar besar Kekuatan ialah kekuatan seorang hamba mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Wahai anakku,
Bukanlah seorang yang zuhud itu dengan menunjuk-nunjuk kemiskinannya di hadapan manusia, Tetapi seorang yang zuhud itu ialah mereka yang dikurniakan dunia dan isinya, namun ia tetap tawaduk dan merendah diri.

Wahai anakku,
Kurangkan mendengar muzik yang melaghakan kamu, kerana ia akan mematikan hatimu. Sebaliknya penuhilah ruang rumahmu dengan alunan zikrulLah kerana ia mengundang para Malaikat Allah dan keberkatan rumahmu. Manakala rumah yang sunyi dari alQuran, itu adalah kuburan yang tidak bernisan.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.