Tatacara Mengerjakan Solat Witr, Bagaimana ?

03 February 2013


Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Adakah Anda Lelaki Dambaan Wanita ?

02 February 2013


Adakah Anda Lelaki Dambaan Wanita?

Berikut ciri-ciri suami yang menjadi dambaan para isteri. Memang sekilas kelihatan sempurna, namun anda lelaki pasti boleh melakukannya tahap demi tahap :

1. Setia Mendengar

Ada telinga tapi tak mendengar, kadang-kadang untuk mendengarkan itu susah. Tetapi seorang isteri akan lebih suka jika memiliki suami yang mahu mendengar cerita atau keluhannya. Bagi suami kadang-kadang untuk mendengarkan perkataan isteri sering dianggap tidak penting tetapi yang diinginkan oleh isteri hanyalah perkataan dia didengari dan difahami sahaja.

Melayu vs Muslim Yg Mukmin : Adakah Kita Hanya Melayu ?

01 February 2013


Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat.

Detik Detik Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

31 January 2013


Detik Detik Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

Alhamdulillah, Header dan Footer Yang Baru - Yeaaa

30 January 2013



Alhamdulillah, Header dan Footer Yang Baru - Yeaa

Hari ini mybabyahmad telah berubah wajah (cuma ubah header dan added footer sahaja) untuk memberikan sedikit kesegaran pada blog. Sebenarnya siti sudah lama menyiapkan header yang baru semenjak pertengahan tahun lepas lagi (cuma footer je yang baru dibuat hari ini) :p

Doa Kebiasaan Selepas Solat

QUESTION -..assalam uai, tolong tuliskan rumi doa lps solat yg biasa imam baca, yg mulanya "alhamdulillah hirobbil alamin, wassolatu wassala.."


ANSWER -Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Bismillahirrohmaan nirrohiim,
Alhamdulillahi robbil 'alamiin..hamdan syakirin hamdan na'imin..hamdan yu'ani'amahu wakafi u mazidah.. .ya robbana wailana lakal hamdu kama yambaghi lijalali wajhikal karimi wa'azhimi sultonik.. Allahumma sholi 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alii sayyidina Muhammad.

E-Rokok, E-Cig, Vapors PV Sebagai Terapi Penggantian Nikotin ?

29 January 2013


E-Rokok, E-Cig, Vapors PV Sebagai Terapi Penggantian Nikotin ?

Baru - baru ini kerajan Malaysia mengharamkan penjualan dan penggunaan e-rokok di Malaysia yang sebelum ini mendapat perhatian dan permintaan meluas di Amerika khususnya semenjak tahun 2008. Harga e-rokok / e-cig / Personal Vaporiszer PV ini adalah diantara rm100-rm1000 mungkin lebih mengikut mutu dan kualitinya. Dimana penggunaannya melibatkan bahan cecair sebagai asas kepada penghasilan asap yang seakan-akan mimik pada asap rokok sebenar tetapi masih mengandungi nikotin. Bahan cecair E-rokok, e-cig ini juga dihasilkan dengan pelbagai jenis perasa seperti Vanilla, Mint dan sebagainya.