Perlu Tahu 7 Langkah Cara Mengundi

04 May 2013

bn umno mca mic

pr pas pkr dap

Hari ini adalah hari terakhir setiap parti berkempen... Diharap selepas ini tiada lagi tohmahan, cacian, fitnah, tajassus, hasad dengki dan membuka aib samada dari pihak lawan yang bertanding atau dari penyokong mahupun yang tidak mempunyai pegangan seperti pengundi atas pagar.

Tiba-tiba sejak semalam warna menjadi sangat sensitip... hehe...
Pantang nampak hijau, jeling-jeling... nampak biru, jeling-jeling... kahkahkah...
Begitu juga masa mengundi nanti, jangan pakai baju, bawa kipas, flyers dll yang ada lambang parti atau muka calon bertanding... Nanti anda takleh masuk mengundi.

Juga cuba semak kertas undi anda... jangan ada tanda kecacatan pada kertas atau cacat pada cetakan itu sendiri... termasuk juga kena pastikan ada nombor siri dan cop SPR disebelah kiri kertas undi...

Dibawah adalah gambar 7 langkah cara pengundian yang akan dapat membantu anda terutamanya bagi mereka yang akan mengundi buat kali yang pertama...

cara mengundi pru

Esok jangan lupa bawa ic... dan jangan provokasi... bagi anda yang duduk atas pagar tu... lihat lah penyokong kedua parti dan gunakan lah mata hati agar dapat melihat kebenaran...

Bagi yang muslim, bacalah Al-quran, fahami maksud dan istirgfar lah banyak-banyak...

Apapun keputusannya ingatlah bahawa semua itu dibawah kuasa Allah dan itu lah terbaik bagi kita. Terima dengan hati yang terbuka...

Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:
“Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Di hari raya ini (5 tahun sekali)... Neskopi mengambil kesempatan memohon maaf serta ampun jika ada terkasar bahasa atau terguris perasaan...

Undi anda 100% rahsia. Jangan takut bila menanda kertas. Anda ada hak sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka. Assalamualaikum. Selamat mengundi :)

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: