Servis Pertama Cody Untuk Coway Petit Ku

26 May 2013

air coway yang bersih

Pada hari ahad lepas, cukup lah sudah Coway Petit ku beroperasi selama 2 bulan dengan memberikan khidmat terbaik dalam menapis dan menuras untuk menghasilkan air yang bersih bagi seisi keluarga kami.

Servis pertama ini dilakukan dengan membersihkan Filter 1 yang menapis bahan-bahan seperti karat dan lumpur. CODY (Coway Lady) yang bertugas juga membersihkan tangki simpanan Coway Petit kami... Alhamdulillah tiada kekotoran di bahagian tangki simpanan air mesin Coway Petit.

Coway Petit ni ada 6 filter... Di bawah adalah gambar semasa Filter 1 dibersihkan, karat dan menggelikan... Eeeee... bayangkan macam ni punya teruk pencemaran yang masuk ke dalam badan kita setiap hari... loya tekak!

Filter-filter yang lain akan dibersihkan mengikut jadual yang telah ditetapkan... untuk filter yang lain, kena tunggu servis yang seterusnya... okay :)

coway petit kotor


CODY Services Coway Petit CHP-06D
Reviewed by NesKopi
on May 26 2013
Rating: 4.8
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment:

  1. After sales yang baik, dapat pastikan kebersihan air sentiasa terjaga.

    ReplyDelete