4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

10 May 2013

sunnah

4 tahap mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Anak Berusia 0-6 Tahun
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai serta memanjakan mereka dengan sepenuh kasih sayang. Jangan sesekali merotan apabila mereka melakukan kesalahan.

(Bagi ibubapa yang bekerja, luangkanlah masa bersama anak sejurus pulang dari tempat kerja  sekurang-kurangnya selama 30 minit)


Anak Berusia 7-14 Tahun
Hendaklah kita mendidik mereka agar mendengar arahan, berdisiplin dan berikan mereka tanggungjawab. Didik mereka akan solat, puasa dan ibadah-ibadah lain.

Rotan jika mereka tidak mendirikan Solat ketika umur 10 tahun dengan niat mendidik, bukan niat disebabkan geram atau niat membalas perbuatan dan juga tidak mencederakan tubuh.


Anak Berusia 15-21 Tahun
Hendaklah mendidik dengan cara berkawan, bertukar-tukar pandangan, saling hormat-menghormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.


Anak Berusia 21 Tahun Ke Atas
Hendaklah ibubapa memberi mereka kebebasan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.