Trend Malaysia; Sudah Terhantuk Masih Tak Ngadah

13 May 2013

malang tiada smell

Itulah ungkapan sesuai bagi orang kita, yang masih tidak celik fakta dan tidak berdiri atas hujah. Berikut adalah kenyataan Idris Jala berkenaan hutang negara yang kian meningkat dengan jayanya yang dipetik pada tahun 2010 (hutang negara pada 2010 berjumlah 407 billion).

2010 idris jala

Kemudian pada tahun 2011, Idris jala teleh membuat kenyataan yang kontra dengan mengatakan dia YAKIN negara tidak akan bankrup disebabkan DEB yang diperkenalkan oleh DS Najib.

Jika melihatkan pada digit hutang negara, tiada tanda-tanda bahawa hutang Malaysia semakin berkurang malah sebaliknya semakin bertambah. Mungkin benar kenyataaan Idris Jala pada 2010 menyatakan bahawa Malaysia akan bankrup pada tahun 2019... iaitu satu tahun selepas Malaysia dikatakan mendapat iktiraf sebagai negara maju! Ops...

Idris Jala juga mengeluarkan pendapat pada tahun 2010 bagi menangani hutang negara yang semakin menebal iaitu dengan cara;

  1. mengurangkan subsidi petrol, makanan, minyak masak, tarif elektrik dan beberapa barang keperluan.
  2. memperkenalkan cukai GST.
  3. menaikkan kadar tol.
  4. menaikkan kos mendapat khidmat kesihatan di sektor awam dari RM1 ke RM3. Kos menetap di wad-wad kerajaan ditingkatkan dari RM3 dan RM80 kepada RM6 dan RM160.
  5. menaikkan yuran belajar institusi pengajian tinggi.
  6. pelajar warga asing perlu membayar penuh yuran belajar.

Hutang negara Malaysia pada suku pertama tahun 2013 ialah sebanyak RM547.79 billion! wow... adakah kita Greece yang seterusnya? fikir-fikirkanlah...


Khadijah Firdaus

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.