Carta 10 Orang Terkaya Duit dan Harta di Malaysia

30 March 2013

Kaya kaya kaya, semua orang bilang mahu kaya. Kaya apa, kaya nombor dan kaya harta. Okay, post ini bertujuan untuk mengenali orang yang paling kaya di Malaysia bagi tahun 2013 mengikut jumlah angka RM yang mereka miliki hasil dari jumlah aset termasuk lah aset niaga, persendirian, saham, bon dan lain-lain. Makin banyak angka, maka makin tinggi reputasi mereka menaiki takhta 10 orang terkaya di Malaysia.

Mereka ini bertanggungjawab dalam menentu-arah ekonomi Malaysia, kira mereka ini macam enjin pemacu ekonomi, enjin ini juga dikenali sebgai tycoon dikalangan peniaga antarabangsa. Kalau korang pernah main game SIM, tycoon tu dah macam memiliki sebahagian besar nilai aset sesebuah negara.

Mereka ini juga bertanggungjawab dalam hal-hal kenaikan sesebuah harga barangan samada kecil atau besar mengikut pada pemilikan mereka. Jom mari kita sergah agar dapat mengenali lebih dekat siapa insan yang terpilih ini.


1. Robert Kuok Hock Nien

Robert Kuok Hock Nien
(90 tahun), dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru, lulusan Bachelor of arts (Honours) Degree in Economics from University of Nottingham. Berkahwin kali kedua dan mempunyai seramai 8 orang anak. RK memiliki nilai asset sebanyak RM46.1 bilion meningkat sebanyak 0.88 peratus dari tahun 2012 daripada RM45.7 bilion-Banyak tow!. Pemilikan keatas syarikat Kerry Group, Kuok Grop, Shangri-La Hotels. Juga pernah dikenali sebagai ‘Raja Gula di Asia’ kerana mengawal 80% pasaran gula di Malaysia dengan hasil pengeluaran 1.5 million ton bersamaan dengan nilai 10% jumlah penduduk dunia. Pelaburan RK bukan sahaja terhad di Malaysia, malah di negara Singapore, Philiphine, Thailand, Indonesia, Fiji dan Australia dimana RK memilih Hong Kong sebagai pangkalan utama empayar perniagaan dia. Dia mendapat rankin yang ke-76 orang-orang kaya di dunia buat masa sekarang.

Penyusuan Susu Ibu Eksklusif vs Ibadah Tahnik

29 March 2013

wan atan tahnik bilal

Kebanyakan ibu yang menyusu bayi ingin memberikan yang terbaik bagi anak yang disusukannya. Oleh itu golongan ibu ini mencuba sebaik mungkin memberikan susu ibu secara ekslusif samada ada ketika berada berjauhan atau sanggup bersengkang masa di waktu pagi (pagi buta) ketika orang masih nyenyak tidur.

Kita sering kali tersilap memberi dan memahami makna EKSKLUSIF dalam penyusuan susu ibu kepada bayi dimana ini menyebabkan kita khasnya sebagai ibu menjadi terlalu over protective. Perkara ini mungkin dialami sebahagian ibu yang mengamalkan susuan ibu secara ekslusif, termasuk juga Siti.

10 Senarai Teratas Website Rujukan Blogger 2013

28 March 2013

Semua Blogger ingin membina dan menyusun laman web mereka agar mencapai trafik yang baik, ranking laman terbaik, cantik, comel, simple dan mungkin mendapatkan wang melalui aktiviti blog. Ramai blogger hilang keyakinan juga harapan mereka di pertengahan jalan dan akhirnya berhenti menulis blog. Cuma beberapa orang yang bekerja kuat untuk mencapai kedudukan yang tinggi dalam 'Alam Blogger'.

Disini mybabyahmad menyenaraikan 10 lama blog terbaik yang turut dapat membantu anda membina platform blog anda sendiri seperti pengubahsuaian template, penambahan gadget dan lain-lain kemaskini blog yang dapat mengoptimumkan capaian pengguna ke laman anda.

Pemilihan laman blog dibawah adalah berdasarkan keunikan seperti;
  • kualiti kandungan
  • idea baru
  • kekerapan kemaskini
  • komumikasi dengan pembaca
  • usaha yang berterusan



Diuruskan oleh Rahul Ippad. Blogger dari India ini lebih menumpukan pada post yang berkaitan tutorial blogger gadget widget dan blog tricks. Laman blog ini baru sahaja berumur 1 tahun!

Speeding Blogger Page Load; Good Job Mybabyahmad 93/100

25 March 2013

Speeding Blogger Page Load; Good Job Mybabyahmad 93/100

Selepas beberapa tune up dilakukan keatas template dan Html serta beberapa kemaskini mikro dalam blog, kami menjalankan ujicuba ke atas blog kami untuk mengetahui sejauh mana pantas belog page kami load, ini penting kerana akan memberikan impak ke atas pembaca (reader experience). Ye la kan, mana ada orang nak baca page yang lambat load. tunggu punya tunggu, page tak siap load, pembaca dengan mudah tekan butang X. huhu

Dibawah adalah Snapshot mybabyahmad performance, membanggakan bukan :D


My Celcom PortaWifi - Broadband Kami, Murah dan Berbaloi

24 March 2013


My Celcom PortaWifi - Pakej Broadband Kami Yang Murah dan Berbaloi.

Kini sudah masuk 6 minggu berpindah masuk ke rumah baru, dan selama itu juga lah kami sekeluarga tiada akses internet terutamanya untuk mengemaskini belog tersayang www.mybabyahmad.com. Kami hanya mengemaskini apa yang perlu seperti tracking number poslaju bagi klien-klien kami dengan menggunakan langganan mingguan servis Celcom RM18 selama seminggu. Mana tahan kalau setiap kali perlu subscribe dan tethering hot spot dari mobil Samsung ku ini yang perlu dicucuk masuk computer. Kelajuan internet pun membatasi segalanya.

How to Center Page Tab And Header In Blogger

23 March 2013


How to Center Page Tab And Header In Blogger

Bagaimana untuk Center kan Header Blog,
kaedahnya seperti berikut,
  1. go to TEMPLATE
  2. go to CUSTOMIZE
  3. go to ADVANCED
  4. then scroll to click CSS
  5. paste kan kod dibawah
#Header1_headerimg {margin:0 auto;}