Ibu Manakah Yang Tidak Digalakkan Berpuasa

22 September 2014

kaum ibu

Apabila tahap kesihatan seseorang ibu itu tidak baik, beliau disarankan untuk tidak berpuasa samada ketika sedang hamil atau menyusui anaknya. Setiap ibu harus memastikan tahap kesihatannya baik supaya bayi dalam kandungan atau yang disusui tidak terjejas. Ibu yang mempunyai penyakit seperti dibawah disarankan agar tidak berpuasa :

1-    Ibu yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil. Ibu ini sentiasa lemah, berasa mual dan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh kerana muntah dengan kerap. Semasa peringkat ini, ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang penuh berkhasiat.

Tiada Sos Cili Produk Muslim Yang Kick Di Halfest 2014

21 September 2014

sos sriracha

Haritu aku seret anak beranak pergi ‪‎Halfest‬ 2014 di Seri Kembangan. Di pintu gerbang utama je diorang dah serve cubarasa sos-sos jenama macam-macam. Aku try semua dari tomato sampai yg diclaimed yang sangat paling pedas. Serius tak pedas, tak kick! tak sampai kemuncak!.

Aku mencari mana-mana pengusaha muslim yang hasilkan sos pedas kaw, tiada. Dalam hati nak bagi idea pada mana-mana pengusaha ni buatlah macam 'sriracha'. Memandangkan aku ni adalah jenis pemalu, aku pendamkan sahaja. Next time aku kena let it go je...hehe. Dalam hati aku masa tu kata; Idea orang muda, ada orang mahu dengar ka?

Review Permainan Anak Lego Duplo 135 Pieces

18 September 2014

Lego Duplo

Review ini lebih sesuai dijalankan oleh Ahmad dan Bilal kerana diorang adalah pengguna yang banyak meluangkan masa bersama Lego Duplo. Ini adalah hari kedua Ahmad dan Bilal bermain Lego Duplo bersama-sama dengan Abi.

Melihatkan Bilal bermain Lego di Rumah Maktok tempohari menyebabkan Abi berfikir-fikir mahu membelikan permainan anak-anak. Bakat anak-anak sudah dijelaskan ketika kecil, kita lah yang perlu menajamkan dan mencerahkan mata agar dapat melihat bakat anak-anak itu dan kemudiannya dibantu dan diasah untuk dimajukan ke peringkat yang lebih mantap.