Solat Adalah Asas Awal Didikan Anak

08 May 2013

solat asas didikan

Ibu Kepada Segala Pendidikan

Anak merupakan anugerah Allah dan tanggungjawab yang berat yang diamanahkan atas bahu ibu bapa. Pentarbiahan anak-anak dengan didikan yang baik wajib ditunaikan oleh kita dan tanggungjawab ini tidak boleh dipandang sepi.

Amanah yang paling utama dalam pendidikan anak-anak ialah didikan solat yang mesti dijaga dengan baik dan janganlah dikhianati. Namun amanah yang wajib dilaksanakan dengan sepenuhnya ini tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Anak-anak yang menjaga solatnya adalah anak-anak yang berjaya, bukan sahaja di akhirat kelak bahkan juga semasa mereka hidup di dunia. Namun anak-anak yang melalaikan solat adalah di kalangan mereka yang rugi miski pun mungkin hebat prestasi akademik dan kerjayanya.

Di antara faktor yang membantu pendidikan solat anak-anak :
  1. Ibu bapa yang menjaga solatnya (contoh teladan)
  2. Memperkenalkan didikan solat semenjak kecil lagi
  3. Membiasakan anak-anak ke surau atau ke masjid berdekatan
  4. Membelikan video dan buku-buku kartun solat
  5. Memilili kawan-kawan ( + ibu bapa) yang menjaga solatnya
  6. Menyertai kem motivasi solat di musim percutian
  7. Menghadiahkan anak-anak yang menjaga solatnya
  8. Mengadakan majlis taalim / membaca hadith kelebihan solat di rumah
  9. Bertegas dengan anak-anak yang tidak menjaga solatnya (rotan)
  10. Meningkatkan doa munajat agar anak-anak ahli keluarga kita dipilih Allah sebagai hamba-hambaNya yang memelihara solat mereka.
Firman Allah yang bermaksud,

Yang bermaksud, Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Surah Ta-Ha ayat 132


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.