Penyimpanan Susu Ibu : episod 1/2

12 December 2011

stok susu

Ibu perlu lebih kerap memerah susu 2 hingga 3 jam setiap hari. Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja, anda perlu memerah susu sebanyak 3 atau 4 kali selama 20 minit bagi satu payudara setiap sesi dalam 8 jam waktu bekerja anda. Bekerja bukannya alasan untuk tidak memerah susu, buktinya ramai ibu yang telah berjaya melakukannya termasuk saya sendiri :)

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.


bekas simpan susu

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Dinasihatkan susu ibu disimpan terus didalam peti sejuk bahagian beku kerana kebiasaannya pengeluaran susu ibu sangat banyak sehingga 6 ke 10 bulan pertama. Penyimpanan yang tidak betul akan membuatkan stok anda terhad pada bulan-bulan seterusnya !

Baca juga Entry Penyimpanan Susu Ibu : episod 2/2
Baca juga Entry Menyahbeku Dan Memanaskan Susu Ibu

Source : momschoice
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...