Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX

30 December 2011

My Lovely Nifty Thrifty

Bila mybabyahmad berkata tentang lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX, pastinya wujud hubungan terus dengan badan kamera jenis DX atau jenis sensor bingkai kecil (crop frame sensor).

Lensa ini masih boleh digunakan bersama badan kamera jenis FX atau jenis sensor bingkai penuh (full frame sensor) dengan limitasi vignette pada bukaan aperture yang lebih kecil dari f1.8 seperti f2, f2.8, f3.5, f4, f5.6, f8, f11 dan seterusnya.

FOV lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX pada badan kamera jenis DX adalah sama dengan FOV lensa 50mm pada badan kamera jenis FX atau sensor bingkai penuh (full frame sensor).

Harga Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX adalah diantara RM700 - RM760. Kalau lebih dari tu, anda kene tiaw ;)

Berikut adalah spesifikasi lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX

Date introduced February 2009
Maximum format size DX
Focal length 35mm
35mm equivalent focal length 52.5mm
Diagonal Angle of view 47ยบ
Maximum aperture F1.8
Minimum aperture F22
Lens Construction • 8 elements / 6 groups
• 1 hybrid aspherical element
Number of diaphragm blades 7, rounded
Minimum focus 0.3m (1.0 ft)
Maximum magnification 0.16x
AF motor type • Ring-type Silent Wave Motor (ultrasonic-type)
• Full-time manual focus
Focus method Internal (rear) focus
Image stabilization • None
Filter thread • 52mm
• Does not rotate on focus
Supplied accessories • Front and rear caps
• HB-46 hood
Optional accessories
Weight 210g (7.4 oz)
Dimensions 70mm diameter x 52.5mm length
(2.8 x 2.1 in)
Lens Mount Nikon F only

Umum selalu memepersoalkan bezantara lensa  Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX dengan lensa 50mm.

Secara peribadinya kelebihan Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX adalah mengatasi lensa 50mm pada sudut pandangan ataupun FOV. Oleh yang demikian, gambar yang dihasilkan oleh lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX ini mempunyai 'feel' disebabkan kebolehan mendapatkan liputan gambar yang lebih luas berbanding hasil gambar yang didapati dari lensa 50mm dari jarak yang sama.

Selain itu, Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX mempunyai kelebihan jarak minimum fokus yang lebih dekat jika dibandingkan dengan Nikon 50mm f/1.4G AF-S (1.5 kaki) dan mempunyai kelebihan skala fokus (focus scale) yang lebih pendek berbanding Nikon 50mm f/1.4G AF-S yang megambil setengah pusingan lensa barrel, walaupun realitinya tiada tetingkap skala DOF dan juga tiada tetingkap skala jarak fokus di lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX !
Ini boleh dibuktikan dengan bezantara kepantasan antara dua lensa ini semasa cuba memberikan fokus tepat pada sesuatu objek. Oleh itu, lensa Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX adalah lebih sesuai untuk kegunaan harian seperti mengambil gambar bayi atau kanak-kanak, potret keluarga, potret berkumpulan dan juga lanskap.

*Tips mybabyahmad, gunakan CPL Filter untuk mengatasi masalah Lateral CA pada Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX ;)

Sebelum menggunakan Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX, saya kerap mengambil banyak langkah ke belakang hanya untuk memuatkan subjek di dalam sesuatu gambar yang diambil dengan menggunakan lensa Nikon 50mm f/1.4G AF-S, akan tetapi dengan Nikon 35mm f/1.8G AF-S DX, saya boleh menggunakan suntingan 'crop' pada sesuatu gambar yang dihasilkan dan tidak lagi melanggar dinding dibelakang !.

Jika anda suka melihat dan membelek gambar yang dihasilkan saya, anda sepatutnya mempertimbangkan untuk memiliki lensa ini jika anda pemilik badan kamera jenis DX ;)

Untuk maklumat tambahan dari otai; Ustaz Azhar Idrus, jom tonton video ni;



Cuma nasihat saya apabila ingin membeli mana-mana lensa yang memiliki bukaan aperture lebih besar dari f2.8, lakukan 'focus test chart' dahulu (klik kanan disini dan simpan). Mungkin kertas Warranty yang ada ketika itu dapat membantu anda !.

QUICK DIRTY COMPARISON 10mm, 24mm, 35mm, 50mm  (Handheld)
*posisi mybabyahmad adalah sama ketika mengambil semua gambar.

10mm

24mm

35mm

50mm

10mm

24mm

35mm

50mm

10mm

24mm

35mm

50mm
Baca Juga Entry DIY Dry Box

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...