Penyimpanan Susu Ibu : episod 2/2

24 December 2011

avent cooler packavent cooler pack

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Setibanya di rumah, bolehlah memindahkannya ke peti sejuk di rumah sama ada meletakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).

2. Jika susu beku sudah mencair (lebih separuh di dalam bekas), susu tersebut perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dan perlu dibuang serta merta apabila melebihi tempoh masa

3. Dinasihatkan untuk menyimpan susu ibu yang baru diperah terus di bahagian sejuk beku untuk simpanan dalam masa yang lama, berbanding bahagian sejuk biasa untuk kegunaan dalam masa terdekat. Bekas yang menyimpan susu ibu dibahagian beku boleh diturunkan ke bahagian sejuk biasa untuk kegunaan bayi pada keesokan harinya.

4. Susu ibu yang beku akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu juga memberi susu  segar (secara direct feeding) untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu ibu yang telah dipanaskan tetapi tidak habis diminum masih boleh disimpan semula ke dalam peti sejuk untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Baca juga Entry Penyimpanan Susu Ibu : episod 1/2
Baca juga Entry Menyahbeku Dan Memanaskan Susu Ibu 

Source : momschoice
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...