Darah Nifas

16 December 2011



Pengertian Nifas; Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak (bersalin).

Mazhab Syafi'i menyatakan bahawa darah nifas itu ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak, tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil nifas.

Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik). Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari. Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana kepercayaan orang melayu.

(PANDUAN FARDHU AIN LENGKAP BERGAMBAR, Indahnya Hidup Bersyariat; Dato' Ismail Kamus; ms68)


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...