Menyahbeku Dan Memanaskan Susu Ibu

21 December 2011


Susu ibu yang asalnya beku dan kemudiannya dicairkan, hanya boleh digunakan dalam masa 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula selepas susu mencair untuk tujuan penyimpanan yang lama.

Ibu dinasihat menggunakan susu beku yang bertarikh paling hampir dan mencairkannya dengan mendedahkan bekas botol yang berisi susu beku dibawah air yang mengalir ATAU direndam di dalam kole berisi air paip dan kemudian direndamkan botol ke dalam air panas.

Bagi simpanan yang menggunakan beg plastik, anda perlu memindahkan susu yang telah dicairkan terlebih dahulu ke dalam botol susu dan barulah direndam ke dalam air panas.

Siti menggunakan formula 1/5 air paip dan bakinya 4/5 adalah air panas, kemudian direndam selama 5 minit hingga 10 minit. Jika campuran air tidak lagi panas, anda boleh menukarkan dengan air panas yang lain untuk rendaman kali ke dua. Anda juga boleh menggoncangkan botol susu tersebut semasa sesi penukaran air dilakukan untuk mempercepatkan proses menyahbeku susu ibu.

Siti melarang ibu menggunakan Oven dan Microwave untuk menyahbeku botol berisi susu secara terus kerana ia akan merosakkan komposisi susu malah meningkatkan risiko kelecuran pada bibir bayi !

Baca Juga Entry Penyimpanan Susu Ibu : episod 1/2
Baca Juga Entry Penyimpanan Susu Ibu : episod 2/2
Baca Juga Entry 2 Barang Yang Perlu Di Dalam Peti Sejuk

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...