My Dear Car Seat 30010 User Review : Warehouse Puchong

09 June 2013

my dear puchong

my dear puchong

my dear puchong

my dear puchong

Semalam berkesempatan berkunjung ke My Dear Warehouse di Puchong ( koordinat GPS: 2.97219, 101.610882 )... Harga barangan yang ditawarkan disini adalah lebih murah sedikit berbanding yang ada di pasaran mahupun secara pembelian atas talian... beli lagi banyak, lagi banyak lah boleh jimat...

Memandangkan Ahmad selalu je tergolek ke bawah kerusi kereta apabila Abi dia brek, kadang-kadang tergolek lalu menghentam pintu membuatkan kami mengambil keputusan membeli car seat untuk keselamatan beliau... kesian Ahmad... Alhamdulillah sekarang ni bila dah ada My Dear Car Seat 30010, Ahmad tidak lagi berjalan-jalan di dalam kereta... duduk senyap dah... kali pertama duduk menggunakan car seat ni, dia terus lena dibuai mimpi... sedap selesa lah kot...

Harga kami beli di My Dear Warehouse Puchong adalah RM339... dapat lah jimat RM50, lagipun kami kesana secara kebetulan selepas pulang sebentar ke rumah Mak Tok di Shah Alam...

my dear 30010

My Dear Car Seat 30010 ini mempunyai ciri-ciri seperti 5 tahap reclining... so boleh lah anak tu baring lentok habis dan juga mempunyai ciri-ciri yang standard iaitu 3 tahap ketinggian boleh ubah untuk safety belt... Kami ambil model ni sebab My Dear Car Seat 30010 ada 5 tahap boleh ubah tu je... ciri-ciri yang lain seperti boleh tanggal basuh juga menjadi pilihan ramai ibubapa seperti kami...

My Dear Car Seat 30010 boleh digunakan sehingga anak tu mencapai umur 4-5 tahun... memandangkan ahmad adalah manusia yang ber saiz kecil (umur 3 tahun tapi saiz seperti kanak-kanak 2 tahun), kami jangkakan Ahmad dapat menggunakan kerusi ini sehingga umur 5 tahun... hahahah

My Dear Car Seat 30010 didatangkan dengan 3 warna pilihan, iaitu warna merah, oren dan cream... nak pilih warna merah nanti boria sama dengan car seat lama... berubah angin ke warna oren dan elakkan warna cream sebab mungkin lebih cepat meninggalkan kesan kotor yang terpalit...

baru terjaga

Bilal bersama car seat Ahmad yang dulu

Cuma apa yang tak bestnye, baru beberapa kali buckle safety belt, kunci dia dah jem... Abi tolong tekan kuat sikit, baru lah dia eject kembali... kita tengok lah dalam beberapa kali penggunaannya... ada jem atau tidak... WD40 penyelesaian? ye ke?


My Dear Car Seat 30010
Reviewed by NesKopi
on Jun 9 2013
Rating: 4.0
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

4 comments:

  1. bagus la anak awak nak duduk diam..
    sy beli, pakai 2 kali jew..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... dua kali dia duduk, lekas sangat terbuai mimpi... selesa kot... ALhamdulillah. harapnya pasni takde lah lagi anak-anak tersembam tergolek...

      model sama macam My Dear Car Seat 30010 ni ke?

      Delete
  2. thank you.. please follow my blog.

    ReplyDelete