Adakah Facebook Akan Diharamkan di Malaysia?

08 June 2013

undang undang facebook?

Jika melihat pelbagai perkembangan terbaru sekarang ni terutamanya dalam akta hasutan dan lain-lain akta seperti 114a yang dapat menahan mana-mana pengguna talian dan pengamal internet di Malaysia tanpa mendapatkan bukti yang sah.

Sejak kebelakangan ini, ramai penulis laman sesawang telah dikenakan tindakan penahanan bawah akta hasutan, itu baru media seperti blogger dan wordpress...

Persoalannya, adakah mungkin facebook juga akan di Haramkan? pelbagai desas desus kedengaran bahawa facebook akan diharamkan di Malaysia... tapi bagi pendapat aku, facebook tidak akan diharamkan, cuma akan diperketatkan lagi penggunaan facebook dengan berlandaskan undang-undang baru yang akan diperkenalkan, tidak sekarang mungkin akan datang... sana tak boleh, sini tak boleh... macam-macam tak boleh...

Apa pun setiap undang-undang tu dicipta untuk kebaikan bersama... samada membawa keuntungan pada sebelah pihak sahaja atau kedua-duanya... makan masa keadilan akan terbit jua... InsyaAllah. Manusia ni macam spring hidup, makin ditindas, ditekan, dilanyak... satu hari nanti kalau dia masih tak mati, dia akan bangkit mengejut...


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: