Mitos Produk Supplement Milk Booster (Tambah Susu)

11 June 2013

booster pump

Oh.. saya telah dianggap ANTI SUPPLEMENT dan MENUTUP PERIUK NASI PENIAGA pula sekarang kerana saya tegas menyatakan SUPPLEMENT TIDAK MENAMBAH SUSU IBU.

Mari saya terangkan sedikit sebagai pencerahan kepada ibu yang menyusukan, kepada ibu yang bakal menyusukan, kepada peniaga supplement, kepada yang dah terfikir2 nak ambil supplement sebab nak menambah susu badan.

1. Penyusuan susu ibu sebagaimana perkara lain dalam dunia ini ada rukun dan konsep asas yang perlu diikuti tanpa gagal untuk Berjaya. Rukun dan konsep asasnya ialah DEMAND AND SUPPLY / PERMINTAAN DAN PENAWARAN. Sebagaimana dalam konsep ekonomi, kalau tiada permintaan maka tiada juga penawaran begitu juga dalam Penyusuan Susu Ibu, jika tiada permintaan (penyusuan bayi secara terus atau pengepaman) maka tiadalah penawaran (pengeluaran susu)

2. Bagaimana nak memastikan pengeluaran banyak? tentu dengan demand yang tinggi? bagaimana nak meninggikan demand? tentu dengan MENGEKALKAN KEKERAPAN MENGOSONGKAN PAYUDARA IAITU DALAM JULAT MASA 2-3 JAM SEKALI TANPA GAGAL DARI DALAM PANTANG SEHINGGA LAH ANAK BERUSIA 2 TAHUN. SAYA ULANG.. DENGAN KONSISTEN TANPA GAGAL. Ingat konsep! kurang permintaan bermakna kurang pengeluaran.

Gagal konsisten maka substance FIL akan memenuhi payudara dan akan menghantar isyarat bahawa susu tidak diperlukan. Jadi pengeluaran dihentikan.

3. Penyusuan Susu Ibu juga berkait rapat dengan hormone prolactin dan oksitosin. Stress, penat, pregnancy, sedih boleh menjejaskan pengeluaran susu. Jadi ibu perlu usaha elakkan atau minimakan stress, penat sedih dsb supaya hormone oksitosin merembes dengan baik. BOLEH MULA MASUKKAN PERANAN SUPPLEMENT DISINI SEBAGAI BANTUAN KEPADA IBU UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN

4. Kaitkan perkara 2 dan 3 di atas. Nampak apa perkaitannya? Nampak tak?

Nak susu banyak kena konsisten dalam penyusuan terus dan pengepaman tanpa alasan. Ambil lah supplement (jika perlu) sebagai usaha untuk mengekalkan kesihatan ibu supaya ibu berupaya menjalankan tugas seharian disamping memberikan anak susu ibu dengan optimum.

5. Yang menjadi kesalahan (pada saya) ialah apabila peniaga2 supplement mengiklankan produk sebagai PENAMBAH SUSU / NAK SUSU BANYAK / SUSU SIKIT DAN NAK JADIKAN BANYAK SILA MINUM PRODUK ABC / NAK SUSU PEKAT DAN LEBIH BERKUALITI SILA AMBIL PRODUK ABC. Anda menjual harapan palsu kepada ibu2 yang kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. ITU ADALAH SALAH.

6. Ambil perkaitan perkara 2 dan 3 semula. logic atau tidak bila saya katakan.. makanlah sekebun supplement, minumlah selaut supplement tetapi jika konsep asas penyusuan susu ibu iaitu DEMAND AND SUPPLY tidak diikuti dengan konsisten, susu tetap tidak akan bertambah. Yang bertambah hanya beban kewangan untuk maintain produk.

7. Adakah saya anti supplement?

8.Untuk ibu2 yang menyusukan dan bercadang untuk menyusukan. Pastikanlah ianya INFORMED DECISION. Gali ilmu penyusuan, semuanya dihujung jari.


-AH-
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

9 comments:

  1. betl tu kak.. setuju 200%... xde susu cari supplement... kna buat yg asas dulu... supplment hnya membantu... jika x buat yg asas, mmg buang duit je beli pump mahal atau supplement mahal... sy pun bkn anti supplement, cuma kena la thu konsep sebenar ea dak.. suka entry nih... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... dulu pun suami pernah ingatkan perkara ni.. masa tu siti masih bekerja... so untuk maintain supply & demand tu memang susah... kadang2 ter'skip'... sekarang ni Alhamdulillah dah berhenti kerja... boleh lah memenuhi demand anak ke dua ni.. InsyaAllah Allah murahkan rezeki kami :D

      Delete
  2. btul jgk...sy skg m'gambil mnuman collagen (dlm slh 1 m'yatakan bleh menambahkn susu ibu) tp sbb ank sy xisap susu bdn, wlaupn sy bru abes b'pntang, susu sy tetap kering sbb tiada konsep demand & supply di atas..so, sy rasa ada asasnya artikel ini...supplement tu boleh menambahkn jika adanya perkara asas tersebut.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam kilang jugak kan dear? kalau masuk material banyak2 pun tapi mesin 'supply' tu tak banyak... keluar nye pun sikit jugak... pekerja nya pun kena lah banyak... pekerja tu adalah kerajinan :D kan?

      Delete
  3. aah ye betul.. sya ad cuba jugak suplement tp susu biasa aje.. klau mood baik je, byk je dpt skarg alhamdulillah baby da 8 bln setengah, masih nyusu dgn baik wlpn ad ter miss pump sbb bekerja..yg pnting bagi sya kena rajin pump.. even malam.. selain memohon kepadaNYA..xlma.. 2 tahun je kna berkorban bgun malam.. untuk anak.. insyaAllah. dipermudahkan.. xramai yg xmenyokong supliment ni..yg penting tetapkan hati..niat kna betul.. smilee ;)

    ReplyDelete

  4. Maklumat yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

    ReplyDelete
  5. Few times weight reduction can't happen rapidly, it might take weeks to months for individual to get in shape. Unfortunate eating regimen is one of the significant reasons of overweight. Daily Niacin Dosage

    ReplyDelete