E-Kupon Potongan Harga Tesco Online

26 May 2014

Kupon Potongan Harga Tesco Online 2014

Kali ini dah masuk kali yang ke-tiga kami membeli belah secara online di TESCO. Bagi kami cara ini adalah sangat convenience, tak perlu cari parking, tak perlu jalan dan tak perlu buang masa melihat benda-benda yang tak patut.

Di bawah ini adalah beberapa gambar troli milik pakcik Tesco yang sedang bertugas (gambar pakcik Tesco tu tiada, yang ada makcik Tesco ni.. hahaha)

tesco online

tesco online

makcik tesco online

Bilal dan barang tesco

Nak dijadikan cerita disini, semasa pembelian kami yang ke-dua, kami telah dihadiahkan pakcik Tesco dengan kupon TESCO free delivery for your next order. Oleh itu kami telah menggunakan kupon ini pada pembelian Tesco kami yang ke-tiga secara online.

Untuk tips saving, kami telah berpakat dengan dua buah rumah jiran-jiran kami dalam pembelian Tesco Online kali ini dan InsyaAllah juga dalam pembelian yang akan datang. Jika Tesco mengenakan Rm10 sebagai kos penghantaran, oleh itu setiap dari kami hanya perlu membayar lebih kurang Rm3.30 sahaja. :D Jimat Sungguh kan!

Nombor code e-coupon Tesco adalah seperti di dalam gambar di bawah;

FLA24YM

Selain itu kami juga dihadiahkan dengan 4 vaucher tesco ke Legoland Malaysia. Setiap satu tiket ini diberikan pengurangan RM40 keatas setiap pembelian tiket di LEGOLAND Malaysia Resort.

voucher 40% legoland malaysia resort

Setelah kami berkira-kira, kami ingin menghadiahkan tiket vaucher LEGOLAND ini secara percuma kepada pembaca belog kami yang bertuah. Sila komen 'Ya, Tesco Online Legoland Malaysia Resort' di bahagian komen di bahagian bawah. Jangan lupa Follow dengan menjadi member kami, Terima Kasih.

*bagi mereka yang tak dapat mengagak apakah digit terakhir kupon voucher Tesco dalam gambar di atas FLA24Y..., apa yang anda perlu buat adalah point mouse cursor anda di atas gambar tiket voucher Tesco tersebut.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments:

  1. Ya, Tesco Online Legoland Malaysia Resort

    ReplyDelete
  2. Both Propylene Glycol (PG) and Vegetable Glycerin (VG) are considered safe and acceptable substance to be ingested by the U.S. best price e liquid

    ReplyDelete