Menjelang Busana Aurah 1 Syawal, Dimana Maruah Kita?

03 August 2013

busana dedah hijabi-star?

Pasti ramai sudah membeli baju baru untuk dipakai pada hari kemenangan yakni hari raya. Tapi sudahkah anda menyemak sama ada baju baru anda itu mengikuti piawaian syariah yakni mengikuti apa yg Allah perintahkan?

Bagi lelaki, tiada masalah besar kerana kebanyakkannya akan memilih baju melayu atau jubah sebagai pakaian raya. Jadi hal berkaitan aurat insyaAllah tidak akan timbul kecuali mereka memilih untuk mendedahkan aurat.

Bagi wanita, hingga kini terlalu ramai yang sukar mengikuti apa yg disyariatkan oleh agama. Semak kembali, adakah baju, kain, jubah mahupun tudung anda bersifat ketat, nipis, jarang, sendat, singkat, berlebih-lebihan hingga menarik perhatian ajnabi? Semak juga adakah pada hari mulia nanti anda akan bertabarruj dan mendedahkan aurat seperti tidak bertudung dan tidak mengenakan sarung kaki (jika kain tak cukup labuh)?

Satu lagi hal yang perlu diambil berat ketika berkumpulnya ahli keluarga dan sanak saudara ialah hal bersalam-salaman dan tinggal dalam satu rumah. Kita wajib mengetahui siapa yg boleh disalam dan disentuh walau tujuan asal ialah ingin menghormati dan menjaga hati sanak saudara.

Antara yang tak boleh bersalaman ialah antara sepupu lelaki dan perempuan, antara seorang lelaki dengan isteri pakciknya (pakcik dan ibu/bapa ialah adik beradik), antara perempuan dengan suami makciknya (makcik dan ibu/bapa ialah adik beradik), apatah lagi dengan bukan mahramnya dari saudara yg jauh.

Apabila tinggal dalam satu rumah bersama sanak saudara, perlu menjaga ikhtilat sesama kita yakni yang ajnabi tidak boleh terlalu duduk rapat, malah tak boleh mendedahkan aurat.

Jangan jadikan 1 syawal hari yang kita boleh berbuat maksiat sesuka hati walaupun dengan alasan menjaga hati. Pentingnya ilmu agama untuk dipelajari dan diamalkan.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment:

  1. astghfirullah... sia2 je puasa klu pkai gini time raya..

    ReplyDelete