Bayi Saya Kuning; Susu Kambing Atau Susu Ibu?

17 July 2013

foto therapy

BAYI SAYA KUNING?

SUSU KAMBING VS SUSU IBU


Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara saintifik.
  1. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi.
  2. Susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
  3. Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
  4. Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut!

Jangan bagi susu kambing kepada bayi untuk mencegah kuning. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: