Perbandingan dan Renungan Kisah Benar Nabi Utusan Allah

12 July 2013

bahtera

Wahai anakku,
Sedarkah engkau bahawa Allah ada mengemukakan perbandingan untuk renungan dan iktibar, isteri yang kafir ialah isteri nabi Nuh dan Nabi Lut. Walaupun keduanya diletakkan sebagai isteri nabi, akan tetapi mereka khianat dan akhirnya dihumbankan ke neraka.

Allah juga membawa contoh perbandingan isteri yang beriman ialah isteri Firaun (Asiah). Yang mendoakan agar Allah membina mahligai dalam syurga dan dijauhi daripada kezaliman Firaun dan kaumnya.

Wahai anakku,
Pengajaran ini adalah satu perbandingan yang hebat bagaimana iman tidak boleh diwarisi dari suami kepada isteri, anak mahupun saudara terdekat. Engkau akan bahagia jika dikurniakan suami isteri yang soleh, beriman dan baik dengan keluarga serta taat pada perintah Allah.

Kamu akan sedih jika ada suami/isteri yang sangat baik terhadap keluarga, penyayang, bertanggungjawab dan mesra namun ia durhaka kepada Allah, tidak sembahyang, tidak berpuasa dan tidak menunaikan kewajipan harta.

Wahai anakku,
Alangkah bahagianya kalau kebahagiaan dunia bersama keluarga dapat diteruskan dalam satu syurga di akhirat nanti. Oleh itu, apabila engkau mendirikan rumahtangga nanti, jadilah suami yang baik dan soleh, isteri yang taat dan bertaqwa agar anak-anak menjadi anak soleh, harta yang diberkati dan rumahtangga dirahmati, sehingga Allah kumpulkan semula keluarga ini dalam satu syurga di akhirat nanti.

Allahumma Amin. Senyum.


Source: dtitm
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.