Year End Sale at Space U8 Bukit Jelutong Timur

07 December 2012



Space U8 terletak di lokasi Bukit Jelutong Timur, jualan murah ini berlangsung selama sebulan sehingga akhir tahun 2012 ini sehingga potongan 70%-80%. Menurut rakan kami, Esyamimi yang telah sampai kesana pada minggu sebelumnya, harga kasut disini adalah jauh lebih murah berbanding pada jualan hari-hari biasa dimana kasut yang berharga RM300 kini hanya boleh didapati dengan harga RM100. Kami bukannya peminat kasut, habis satu baru beli satu, ni pun ambil kesempatan disebabkan Abi dah tiada kasut jogging untuk beriadah bersama yang selama ini Abi menggunakan kasut kerja bagi ke semua aktivitinya.

Bagi mereka yang ingin kesini, anda perlu mencari Bukit Jelutong TIMUR, dan bukannya Bukit Jelutong yang akan membawa anda ke penempatan taman dan tanah gersang yang luas. Alamat Shopping Mall ni adalah seperti dibawah beserta peta dimana terletaknya Space U8 eco-mall yang mempunyai water fountain yang besar di dalamnya. 


















Alamat & Peta Space U8;
6, Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutong,
Seksyen u8,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: