7 Langkah Memilih Lensa DSLR Yang Baik

13 November 2012


Post kali ni bertujuan membantu sedikit rakan-rakan kita yang mungkin baru hendak berjinak dengan arena dunia fotografi. Segala yang kami tulis disini adalah berdasarkan pada pengalaman kami sebelum ini semasa hendak membuat keputusan memilih sebuah lensa samada untuk dimilik atau sebagai bahan bacaan atau cuci mata sahaja.

Sebelum kami membeli sebuah lensa DSLR, kami akan mebuat beberapa review atau kajian secara mendalam (In-depth Reviews) untuk lensa-lensa DSLR yang ada terutamanya bagi jenama yang biasa seperti Nikon dan Canon. Selepas itu kami akan ke kedai DSLR lalu mencubanya sendiri. Kami akan beli jika hanya berpuashati, trust your eyes- they never lies.

Antara laman sesawang yang selalu menjadi rujukan kami ketika membuat keputusan adalah,
  1. DPreview - in depth review dan komen perbincangan
  2. The-Digital-Picture.com - bezantara ketajaman hasil gambar yang dihasil oleh dua lensa yang berbeza
  3. Photozone.de - in depth review dan ciri-ciri khas sebuah lensa
  4. SLRgear.com - in depth review dan user review yang telah menggunakannya
  5. MyLensDB - mengetahui harga terkini dan membuat perbandingan harga
  6. Pixel-Peeper - melihat hasil gambar oleh lensa secara individu
  7. Amazon.com - membaca user review oleh customer yang sudah menggunakannya
Melalui 7 buah laman sesawang diatas, anda akan dapat mengenali kelebihan dan kelemahan sesuatu lensa, samada lensa jenis zoom, lensa luas, lensa prime dan sebagainya. Laman sesawang diatas tidak lah tertakluk hanya untuk kegunaan semasa mebeli lensa baru sahaja, tetapi anda boleh menggunakan laman sesawang diatas untuk mengenali dengan lebih rapat lensa yang anda sedang miliki :)

Pada awalnya mungkin pembaca tak berapa nak faham akan apa tu vignette, lens distortion, barrel distortion, pincussion, lens flare, lens breathing, chromatic aberration dan lain-lain. Tetapi bila semakin lama dan banyak membaca berkenaan ulasan-ulasan lensa ni, anda akan paham, take ur time dan gunakan lensa yang ada skang untuk terus membantu anda menghasilkan gambar yang baik.

Sedangkan kami pun ada kalanya mengambil masa selama sebulan untuk membuat keputusan terakhir dalam pembelian kami dan menggunakan 1, 2 atau 3 jam di kedai DSLR untuk mengujicuba beberapa lensa jenis yang sama sehingga jumpa satu salinan lensa yang terbaik. Tak perlu gopoh !

Cuma kami nasihatkan, seseorang jurufoto yang baik akan kurang mengambil pusing apa peralatan yang dimilikinya, tetapi akan cuba sedaya upaya mendapatkan hasil photo yang baik melalui apa yang ada, care less about your gear, go out and shoot then make a phenomenal photo. Happy Shooting :)

Nota kaki : peralatan tidak menghasilkan gambar, tetapi bergantung pada siapa yang ada dibelakang peralatan tersebut.


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.