Tarikh Mengundi Pilihan Raya PRU 13

10 April 2013

pilihanraya umum 13


Hari ini pengurusi Spr; Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh penamaan calon adalah pada Hari AHAD 20 April 2013.

Manakala tarikh mengundi Piliharraya Umum Malaysia yang ke-13 adalah pada Hari AHAD 5 Mei 2013.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak telah membubarkan parlimen pada hari Rabu; 3 April 2013 selepas menggalas tanggungjawab mengambil alih jawatan secara terus daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi semenjak tahun 2009.

25 Perkataan Yang Patut Anak Berusia 2 Tahun Tahu

09 April 2013

barisan hero sepupu sepapat


Artikel ni khas bagi mereka yang ada anak berusia 2 tahun. Persoalannya, apa yang ada dengan anak 2 tahun? tahukah anda anak kita yang berusia 2 tahun sepatutnya telah expert atau pakar dalam memahami dan menuturkan beberapa jumlah perkataan yang sama dengan kanak-kanak sebayanya?

Keselamatan Storan SD MMC Card SSD HDD Dari Pencuri Data

06 April 2013

SanDisk 32GB pro sdhc

Beberapa tahun dahulu kita dengan rakusnya dihidangkan oleh penyampai media cetak mahupun elektronik berkenaan kes aniaya keatas artis-artis seperti Ariel Peter Pan  dan seperti juga Edison Chen. Neskopi bukan nak menyokong pelakuan zina, sebaliknya perlakuan mengaibkan kini telah menjadi satu 'adat' yang kian diterima pakai oleh masyarakat sedangkan kenyataannya ianya salah untuk mengaibkan sesorang individu mahupun kumpulan samada dengan apa cara sekalipun.

Sehinggakan seolah-olah kita sekarang ini hidup dalam situasi dimana, serangan keatas peribadi itu sudah diterima pakai, dan perlakuan mendedahkan video seks ke khalayak ramai (termasuk ditonton oleh kanak-kanak) adalah sah dan dikira sebagai perjuangan suci. Sebenarnya neskopi bukanlah peminat cerita mereka, jauh sekali lagu artis tersebut. Cuma kita perlu ambil iktibar dari kesilapan mereka.

My Celcom Package Malaysia Broadband Plan

04 April 2013

celcom portawifi

Which broadband yang laju ? pantas, berbaloi dan murah ? Soalan yang sering bermain difikiran kita terutamanya bagi mereka yang buat pertama kali ingin memiliki package internet broadband. Disini neskopi ingin memperkenalkan Celcom PortaWifi yg comel, cantik dan kiut, macam bajet bagus je.. hahaha. Bagi yang terlepas siri pertama post ini boleh lah membaca My Celcom PortaWifi - Broadband Kami

Pakej Celcom PortaWifi didatangkan bersama dengan kit choke to USB car charger, USB 3-pin plug dan juga USB dongle 21Mbps (Huawei E355) yang juga boleh berfungsi sebagai tumbdrive / pendrive apabila dimasukkan micro memory card (MicroSD Card) kedalamnya.

Tipu Tipu Dalam Men Didik Anak

03 April 2013

tanah tinggi cameron highland
sekadar hiasan memori neskopi.com

Erti Menipu
Makna menipu dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Putaka ditakrifkan sebagai "mengenakan tipu daya ATAU helah ATAU kelentong ATAU bohong ATAU perbuatan ATAU perkataan yang tidak jujur untuk menyesatkan atau mengakali orang", kebanyakan dari kita acap kali menggunakan pendekatan menipu untuk mendidik dengan harapan dapat membentuk tingkahlaku yang kita inginkan.


Menipu Anak Dalam Mendidik
Kebanyakan dari ibu bapa menggunakan method menipu di dalam mendidik anak mereka. Persoalannya disini, adakah ianya berkesan? dan apakah kesan jangka masa panjang dari hasil pendidikan kita itu? Disini neskopi.com ingin memberikan sedikit input agar dapat menyampaikan maklumat dan seterusnya mendidik masyarakat agar lebih bersikap matang dan berilmu pengetahuan.

Carta 10 Orang Terkaya Duit dan Harta di Malaysia

30 March 2013

Kaya kaya kaya, semua orang bilang mahu kaya. Kaya apa, kaya nombor dan kaya harta. Okay, post ini bertujuan untuk mengenali orang yang paling kaya di Malaysia bagi tahun 2013 mengikut jumlah angka RM yang mereka miliki hasil dari jumlah aset termasuk lah aset niaga, persendirian, saham, bon dan lain-lain. Makin banyak angka, maka makin tinggi reputasi mereka menaiki takhta 10 orang terkaya di Malaysia.

Mereka ini bertanggungjawab dalam menentu-arah ekonomi Malaysia, kira mereka ini macam enjin pemacu ekonomi, enjin ini juga dikenali sebgai tycoon dikalangan peniaga antarabangsa. Kalau korang pernah main game SIM, tycoon tu dah macam memiliki sebahagian besar nilai aset sesebuah negara.

Mereka ini juga bertanggungjawab dalam hal-hal kenaikan sesebuah harga barangan samada kecil atau besar mengikut pada pemilikan mereka. Jom mari kita sergah agar dapat mengenali lebih dekat siapa insan yang terpilih ini.


1. Robert Kuok Hock Nien

Robert Kuok Hock Nien
(90 tahun), dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru, lulusan Bachelor of arts (Honours) Degree in Economics from University of Nottingham. Berkahwin kali kedua dan mempunyai seramai 8 orang anak. RK memiliki nilai asset sebanyak RM46.1 bilion meningkat sebanyak 0.88 peratus dari tahun 2012 daripada RM45.7 bilion-Banyak tow!. Pemilikan keatas syarikat Kerry Group, Kuok Grop, Shangri-La Hotels. Juga pernah dikenali sebagai ‘Raja Gula di Asia’ kerana mengawal 80% pasaran gula di Malaysia dengan hasil pengeluaran 1.5 million ton bersamaan dengan nilai 10% jumlah penduduk dunia. Pelaburan RK bukan sahaja terhad di Malaysia, malah di negara Singapore, Philiphine, Thailand, Indonesia, Fiji dan Australia dimana RK memilih Hong Kong sebagai pangkalan utama empayar perniagaan dia. Dia mendapat rankin yang ke-76 orang-orang kaya di dunia buat masa sekarang.

Penyusuan Susu Ibu Eksklusif vs Ibadah Tahnik

29 March 2013

wan atan tahnik bilal

Kebanyakan ibu yang menyusu bayi ingin memberikan yang terbaik bagi anak yang disusukannya. Oleh itu golongan ibu ini mencuba sebaik mungkin memberikan susu ibu secara ekslusif samada ada ketika berada berjauhan atau sanggup bersengkang masa di waktu pagi (pagi buta) ketika orang masih nyenyak tidur.

Kita sering kali tersilap memberi dan memahami makna EKSKLUSIF dalam penyusuan susu ibu kepada bayi dimana ini menyebabkan kita khasnya sebagai ibu menjadi terlalu over protective. Perkara ini mungkin dialami sebahagian ibu yang mengamalkan susuan ibu secara ekslusif, termasuk juga Siti.