Keselamatan Storan SD MMC Card SSD HDD Dari Pencuri Data

06 April 2013

SanDisk 32GB pro sdhc

Beberapa tahun dahulu kita dengan rakusnya dihidangkan oleh penyampai media cetak mahupun elektronik berkenaan kes aniaya keatas artis-artis seperti Ariel Peter Pan  dan seperti juga Edison Chen. Neskopi bukan nak menyokong pelakuan zina, sebaliknya perlakuan mengaibkan kini telah menjadi satu 'adat' yang kian diterima pakai oleh masyarakat sedangkan kenyataannya ianya salah untuk mengaibkan sesorang individu mahupun kumpulan samada dengan apa cara sekalipun.

Sehinggakan seolah-olah kita sekarang ini hidup dalam situasi dimana, serangan keatas peribadi itu sudah diterima pakai, dan perlakuan mendedahkan video seks ke khalayak ramai (termasuk ditonton oleh kanak-kanak) adalah sah dan dikira sebagai perjuangan suci. Sebenarnya neskopi bukanlah peminat cerita mereka, jauh sekali lagu artis tersebut. Cuma kita perlu ambil iktibar dari kesilapan mereka.

Kehidupan dalam  dunia serba pantas sepantas maklumat fiber dan dipenuhi dengan gajet serba moden, kini kita sering kali terlupa akan keselamatan dan privasi sendiri yang mudah dicerobohi oleh orang asing atau oleh orang ke tiga yang tidak bertanggunjawab. Tanpa kita sedar sebenarnya kita telah memberi mereka ruang untuk mengambil kesempatan keatas kita, keluarga kita dan kepentingan kita seperti bisnes, aset dll.


Jenis Storan
Sepertimana kes-kes yang diatas, kebanyakannya adalah disebabkan kesilapan individu pelaku yang mengambil ringan dalam pengendalian barang hardware atau dikenali juga sebagai storan fizikal. Samada storan maklumat mudah alih seperti SDcard, MMC card, Micro SD card, Pendrive ATAU storan maklumat statik seperti SSD (solid state drive) dan HDD (pemacu keras). Kedua-dua jenis storan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu sebagai alat merakam, menyimpan dan menyalin data ke atasnya secara maya.


File Hantu (Phantom File)
Storan-storan seperti ini boleh ditulis berkali-kali ke atasnya sehinggalah kapasiti sesebuah storan itu penuh. Apabila sudah penuh, biasanya seseorang pengguna akan memadam sebahagian file, atau memindahkan sebahagian file ke dalam storan / peranti yang lain. Apabila sesebuah file dipindahkan, kita sebenarnya hanya memindahkan file fizikal yang boleh dilihat oleh mata manusia tetapi bukan storan memori yang dapat dibaca oleh sistem komputer. Dengan kata lain, apabila sesebuah data itu dicipta, dengan automatik storan terbabit mencipta 2 jenis simpanan data, iaitu fail fizikal dan Phantom File dengan bahasa mudah ialah 'fail hantu'.


Pencuri Data
File hantu atau phantom file ini boleh digunakan untuk mengembalikan semua atau sebahagian file fizikal yang telah dipindah atau dipadam. Ini berguna jika seseorang itu tersilap memadam atau memformat sebuah storan terbabit secara sengaja atau tidak. Ada beberapa software percuma seperti Pandora Recovery atau Recuva yang boleh digunakan untuk mengembalikan file yang telah dipadam.

Sebenarnya, begini lah cara seseorang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan keatas mangsa yang naif. Mangsa ini biasanya terdiri dari klien yang menghantar alatan komputer atau gadjet pintar ke kedai untuk satu jangkamasa yang lama ATAU mungkin mangsa adalah dari bekas pengguna peralatan tersebut yang telah menjualnya kepada orang lain tanpa membuat pembersihan total keatas storan perkakasan yang tersebut atau lebih malang perkakasan mereka dicuri oleh orang lain.


Bersih Total
Ada 2 cara yang boleh digunakan untuk menjalankan pembersihan total keatas sesebuah storan. Pertama anda boleh menggunakan cara manual dimana anda perlu memindahkan file tidak penting seperti video lagu dari youtube, file kecil seperti '*.exe' dsb - kedalam storan yang ingin dibersihkan. Perkara ini dilakukan dengan menyalin semula file tersebut beberapa kali sehingga tiada lagi ruang kosong storan yang boleh diguna. Kemudian format. Kaedah ini menggunakan pendekatan penggantian phantom file baru keatas phantom file lama yang ingin dipadam atau dihapuskan.

Kaedah yang kedua pula adalah dengan menggunakan software seperti SD Formater dan TuneUp. Sd Formater adalah lebih sesuai digunakan untuk aplikasi keatas storan jenis SD MMC card manakala menggunakan software seperti TuneUp keatas pembersihan SSD atau HDD.



Keserasian, Efektif
Pada akhirnya kita akan bertanya; cara manual atau automatik-manakah yang lebih sesuai dan selamat? menggunakan software formater (sweeper) yang khas keatas storan yang spesifik adalah lebih selamat. Ini kerana setiap storan dibina dengan struktur asas terbina dalam yang berbeza dan khas.

Sebagai contoh apabila SDcard yang digunakan untuk gadjet seperti kamera diformat dengan menggunakan komputer, pengguna seringkali akan mengalami masalah apabila menggunakannya kembali kedalam kamera tersebut. Ini adalah disebabkan memformat sdcard dengan komputer telah menyebabkan struktur terbina dalam storan itu musnah. Sebagai keserasiannya, memformat SD MMC card dengan software seperti SD Formater , manakala menggunakan software seperti TuneUp keatas SSD atau HDD adalah lebih sesuai dan lebih selamat.


Homework
bagaimana anda yang dirumah? dipejabat? adakah anda pernah melakukan recovery keatas storan anda? apa yang anda jumpa? mengejutkan bukan? Adakah kita masih selamat dan masih aman?

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.