Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

15 July 2014

we are family

Pada masa hari pertama di bulan Ramadhan, kami pergi ke seksyen 7 shah alam... rancangnya nak pergi cuci rambut puan puteri. Punya lah lama puan puteri ni ke salon dari tengahhari sehingga magrib baru nak siap. Hal perempuan memang lama... Pada rakan-rakan yang ada ma'am nak buat atau basuh rambut tu, baik tinggalkan aje lah situ. Pergi jalan-jalan atau ke masjid berhampiran. Kes tak tahu kurang info macam aku ni memang nanya gini...

Kat sini aku nak perkenalkan ada saloon muslimah khas untuk muslimah... maksudnya cuma wanita sahaja yang menguruskan wanita. Memang aku duduk di kaki lima depan pintu saloon, tiada sorang lelaki pun masuk or lalu lalang disini, ye la kan mana tahu suami pada tuan kedai ke apa ke... yang bagusnya semuanya tertutup rapat. Nama salon tu Salon Muslimah AlZahirah, saing rodong boleh lihat di gambar bawah ni...

Salon Muslimah AlZahirah

Salon Muslimah AlZahirah

Salon Muslimah AlZahirah

Sori guys, tiada gambar di dalam salon, sebab rambut-rambut yang berguguran juga adalah aurat kepada wanita. Prevention is better than cure, so aku tak minta tolong ma'am ambil gambar dalam tu. Kalau rakan rakan nak tahu bagaimana keadaan dalam tu, mai datang sini. :D

Lamanya menunggu membuatkan aku dahaga air, so aku turun dari tingkat salon tu membawa diri... cuba mencari minuman atau aiskrim bagi hilang dahaga ni... dan akhirnya aku berjumpa dengan Restoran Upin Ipin. Dah lama aku perhati Restoran Upin Ipin ni di kejauhan, baru sekarang berkesempatan nak singgah. Aku ambil seat dalam restoran tu dan makan Aiskrim Upin Ipin yang dibeli di kaunter depan... hahaha.. semua barang disini rebranding termasuk lah patung, aiskrim, barang-barang playground kanak-kanak jadi Upin Ipin punya product. Canggih kan??? ekeke... semua barang-barang tu ada di sebelah restoran ni sahaja, di butik Upin Ipin.

restoran upin ipin

restoran upin ipin

restoran upin ipin

restoran upin ipin

restoran upin ipin

Multi color habis restoran upin ipin ni... bertemakan kehidupan dan keceriaan kanak-kanak. Mungkin lepas ni ada yang follow buat Rstoran Boboi Boy ke... Restoran Frozen ke... haha.

Rupanya banyak tempat menarik di Seksyen 7 Shah Alam ni. Salah satunya Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam atau dikenali dengan nama Laman Seni 7. Hasil-hasil seni ini adalah karya dari pelatih-pelatih universiti berhampiran. Bila ramai student, maka banyak lah idea kratif kan, pernah dengar tak sebenarnya dunia sekarang memerlukan orang yang berbakat dan kreatif melebihi taraf pendidikan yang tinggi?.. haha, tu belum berlaku lagi di Malaysia, di luar negara dah berlaku... tu dah masuk cerita bab lain, tak mahu melalut ke laut, jom kita lihat projek seni anak muda di Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam. Gua caya sama lu lah!

neskopi

Cantik-cantik kan? bagi yang belum pernah kesini, apa lagi saing rodong sekalian... kita serbu Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam ni. Sebab benda ni biasanya sekejap sahaja. Ramai vandalisme... Baik rakan-rakan pembaca sekalian datang posing cantik-cantik disini sebelum semuanya hanya menjadi sejarah... peace all.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: