Membeli Belah & Bayar Bil Online

08 April 2014

lori tesco

Alhamdulillah, walaupun sekarang ni agak busy disebabkan urusan rumah akibat dari siti berhenti kerja yang masih tak settle settle lagi ditambah dengan hutang rumah yang bertambah disebabkan bunga yang dikenakan bank Islam (bunga tetap). Walau pun interest tetap tapi macam riba pun ada. Allahua'lam, masih tak faham struktur pinjaman Bank Islam ini. memang membebankan. Walau apa-pun Allah tetap ada, Allah sahaja yang meringankan beban dan meletakkan bebanan, maka pintala pada Allah agar diangkat bebanan hutang ini InsyaAllah.

Dek kerana masa yang suntuk, banyak juga ah transaksi online digunakan contohnyaseperti membeli belah di Tesco, membayar bil SYABAS (air) dan bil TNB - tenaga Nasional berhad yang kini harganya naik sekali ganda dengan penggunaan yang lebih kurang sama berbanding tahun lepas- apa nak buat, dah pilihan majoriti rakyat mahukan kos hidup naik. kan?

Begitu mudahnya zaman sekarang ini sehingga walaupun banyak kemudahan, hari-hari yang dilalui dirasakan seolah-olah seperti masa itu semakin pendek. Manusia terlalu banyak bergantung pada teknologi, dan teknologi memerlukan satu sumber kuasa untuk terus beroperasi contohnya tenaga elektrik.

Cuba bayangkan jika berlakunya bala di Malaysia lalu menyebabkan punca atau stesen tenaga elektrik ini musnah. Semua peralatan dari mesen atm, penjualan online sehinggalah mentol di dalam rumah juga tidak berfungsi.

lift rosak

Alhamdulillah walaupun sibuk dengan menguruskan hal yang berbangkit akibat perletakan jawatan lalu menjadi suri rumah. Kemudahan online sangat membantu untuk meminimumkan penggunaan masa yang biasanya diluangkan untuk berada diluar rumah.

Cuma kesiannya jika penghantar barangan ini menghadapi lift rumah kerajaan kami yang sering sangat rosak... samada dia patah balik atau kena mendaki tangga sehingga tercabut lutut. huhu.

Penggunaan online dalam transaksi beli belah dan pembayaran bil kini bukanlah pilihan akan tetapi adalah keperluan yang perlu digunakan dengan semaksima mungkin. Lebih-lebih lagi dengan kadar jenayah ringan dan berat yang semakin meningkat di luar sana. Menyeramkan.

Walaupun hampir semuanya kini boleh dilakukan diatas talian, tapi perlu ingat... kaum adam perlulah mengimarahkan masjid dengan bersolat secara berjemaah kalau tak boleh 5 waktu, buatlah maghrib dan isya secara berjemaah di masjid, malah boleh luangkan masa mendengar kuliah diantara 2 masa tersebut. InsyaAllah.

Ingat ye, bukan solat berjemaah diatas talian !

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.