Google Play Store: Free Download AES Detector For Android

26 October 2012

penembak sedoot duit

Dikesempatan ini Siti dan sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bagi semua muslimin dan muslimat tak kira dimana mereka berada. Hati-hati semasa memandu dan bawa kenderaan secara berhemah apabila berada diatas jalan raya.


aes point

Bagi mereka yang pulang dengan menaiki kereta atau motorsikal, Siti ingin berkongsi satu aplikasi bagi android phone iaitu AES DETECTOR bagi mengesan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam jarak 1 kilometer sebelum lokasi sebenar kamera ini ditempatkan.

Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jumlah saman anda terutamanya di waktu cuti perayaan seperti Hari Raya Haji kali ini.

macammana aes berfungsi
bagaimana AES berfungsi
Aplikasi AES Detector ini boleh didapatkan secara percuma dengan melayari Google Play atau terus dengan klik link diatas samada dengan menggunakan laptop, desktop atau telefon android.

aes detector
aes detector
aes detector

AES Detector ini adalah apikasi baru dan mungkin terdapat sedikit kesilapan atau BUGS pada koordinat AES memandangkan JPJ sendiri telah mengeluarkan koordinat kedudukan yang salah dalam senarai panjang seperti koordinat AES yang berada di tengah laut (lihat disini...)

Bagi mereka yang ingin MELIHAT peta dimana kesemua 831 AES ini ditempatkan, sila lihat sini.

Bagi mereka yang ingin MEMBACA kesemua senarai panjang lokasi dimana 831 AES ini dipasang, sila lihat sini ATAU disini.

Siti berharap aplikasi AES DETECTOR ini dapat ditambah baik seperti dapat menggunakannya bersama-sama GPS Navigation contohnya seperti Sygic atau Garmin :D

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: