Kesan Membersih Najis dengan Wet Tissues a.k.a. Baby Wipes

29 July 2012

tehko
Ahmad Dan Baby Wipes

Hari ini Siti mahu berkongsi sedikit informasi bagi ibu & bapa di luar sana khasnya mereka yang mengaplikasi penggunaan tisu lembab (wet tissues, baby wipes) untuk membersihkan najis bayi ketika menukar lampin.

Sebenarnya perkara ini sudah lama di dirangka untuk perkongsian bersama pembaca, cuma disebabkan beberapa sekatan seperti peruntukan masa dan tajuk-tajuk lain yang juga masih banyak dalam perangkaan mybabyahmad.

Dari segi praktikal dan hukum, Siti tidak akan memberikan sebarang kenyataan sebab Siti sendiri bukannya alim dalam mengenengahkan nas-nas dari Al-quran, hadis, ijmak dan qias, cuma Siti ingin membuka minda kebanyakan ibu diluar sana yang menggunakan cara yang disebutkan diatas.

Sebelum itu mari kita renungkan kembali apa dia SYARAT - SYARAT SAH SOLAT seterusnya kita mengulangkaji bab TAHARAH- istinjak;

Syarat-syarat sah solat / sembahyang.
  1. Mengetahui waktu masuk sembahyang
  2. Menghadap kiblat 
  3. Menutup aurat 
  4. Mengetahui kafiat sembahyang ( cara sembahyang ) 
  5. Suci dari hadas kecil / besar 
  6. Suci daripada najis 
  7. Meninggalkan berkata-kata 
  8. Tidak melebihkan rukun FIQLI 
  9. Tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa
Dipetik dari nata yang pelajari di ma`hat Tahfiz Darul Tahzib,Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Diterjemahkan oleh Sahibul Fadzil Abu Muhammad Naqsyabandiah Ustaz Sahul Hamid
Kitab Munyatul Musolli (SHEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI) 14 Syawal1259H

THAHARAH
Istinjak.
Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga kesan najis itu dibersihkan.

Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.

Hukum Istinjak.
Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
 

Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.

(Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)

Syarat Istinjak.
  1. Menghilangkan rasanya.
  2. Menghilangkan baunya.
  3. Menghilangkan warnanya.
Rukun Istinjak.
  1. Seorang Islam.
  2. Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.
  3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
  4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.
Cara mengerjakan Istinjak.
  1. Istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga suci. 
  2. Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.
  3. Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.
Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).
  1. Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis. 
  2. Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.
  3. Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.
  4. Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak  hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.*
  5. Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.
  6. Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan.
  7. Sunat ketika intinjak membaca doa : Ertinya ;    "Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku daripada kejahatan."
  8. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.
  9. Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.
Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air, tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci dengan syarat.
  1. Benda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia basah, maka tidak boleh digunakan.
  2. Benda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.
  3. Benda itu bukan  benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang atau seumpamanya.
  4. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya.
  5. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak.
  6. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih tidak suci, hendaklah ditambah batu sehingga suci.
Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.
  1. Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.
  2. Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu.
  3. Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur. 
  4. Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan.
  5. Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis telah kering, wajib menggunakan air.
 Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubur ( Zakar atau Faraj).
Disapu di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu, maka wajib beristinjak dengan menggunakan air.

 Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak.
  1. Jangan bersuci dengan tulang, makanan  atau tahi kering.
  2. Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan.
  3. Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul batu, lima ketul batu dan sebagainya.
  4. Bila bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah air kerana air lebih baik digunakan untuk bersuci.
Source: makmal
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment:

  1. Wet wipes is a very useful thing and are used in hotels as well as in the households for cleaning purpose. These are small in size and are very convenient and easy to use. It is foldable and you can wrap according to your space.
    Christine Bendel

    ReplyDelete