Nikon D600 High Iso Picture & Quick Review

30 September 2012

ou

Hari Sabtu yang lepas (ayat mudah; semalam) kami sekeluarga pergi meluangkan masa selama 1 jam di Nikon Center di Berjaya Times Square; Kuala Lumpur untuk mencuba Nikon D600 Yang baru. Al maklumlah baru keluar, harga dia pun dalam RM6000 (body sahaja) dan keatas, kalau nak beli dinasihatkan beli pada akhir tahun 2013, InsyaAllah kebiasaannya turun rm1000 atau lebih.


Feel
Secara Fizikalnya, saiz Nikon D600 ini adalah lebih besar dari Nikon D7000 dan kecil dari Nikon D800.

Panel Kawalan di bahagian belakang D600 ni agak sama dengan D7000 cuma D-pad nya agak kecil untuk jari lelaki umumnya dan butang magnify (“+” & “-“) yang saling berubah kedudukan.

Memang sedap menggenggam Nikon D600 ni.. hehe, tu lah perasaan kali pertama apabila mengangkat D600 (tapi tak seselesa jika nak dibandingkan perasaan apabila menggenggan Canon 7D atau 5D mark iii), ditambah pula dengan 100% view finder yang memang sangat membantu apabila membuat komposisi. Beratnya pula sesuai untuk pengguna lelaki dan sakit bahu bagi seorang wanita membawa dslr ni kehulu-hilir kecuali digantung di tengkuk.

Perbentangan Belanjawan 1 Malaysia 2013

29 September 2012

bajet 2013

Semalam bermula jam 4 petang sehingga hampir 6.30pm, semua orang sibuk-sibuk nak menatap television. Seperti biasalah Siti tak menghadap pun televison tu, tambahan pula Siti kerja Shift petang, lagipun sebab tak banyak yang diperkatakan khasnya bagi suri rumah memandangkan Siti bercadang mahu berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Satu bulan setengah untuk bonus pekerja awam, yang dimana dipahamkan setengah itu sudah pun diberikan dalam bentuk bantuan sebelum hari raya pada tahun ini. Alhamdulillah, orang beri kita ambil, duit kita sebagai rakyat lagipun.

Menempatkan Syukur Dihadapan

27 September 2012

digitalmukmin

Sepasang suami & isteri YANG berMASALAH RUMAHTANGGA pergi mengikuti kursus selama 6 hari... semua peserta kursus telah dinasihatkan untuk buat "homework" apabila habis berkursus dan setibanya dirumah.

Suami isteri ini dikehendaki menyenaraikan semua ketidak puas hatian pada pasangan masing2.

Maka selang 3 hari, mereka berdua membawa berbelas-belas helai kertas kajang. si isteri bertanya pada suami "siapa nak mula dahulu", si suami menjawab "awak lah mulakan dahulu"

Nikon D600 Telah Diumumkan

13 September 2012

d600

Berita ni memang mengujakan. Ye lah, kamera jenis bingkai penuh yang murah. Tapi rasanya takde lah murah sangat. sebab bila masuk Malaysia sahaja harga rasa-rasanya jadi RM6999. boleh beli 3 biji Nikon D7000. Atau sebiji Nikon D7000 beserta 2 lens. Tapi apa-apa pun kemera bingkai kecil atau Crop sensor tak dapat mengalahkan kamera bingkai penuh macam Nikon D600 ni :D

Apa yang best Nikon D600 ini adalah; ianya menggunakan dual SD card, so tidak perlu lah bersusah payah nak dapatkan dua jenis kad yang berlainan, dan tidak ada lagi masalah silap masuk kad pada slot body, SD card ni kecil ringan serta senang tidak seperti CF card yang besar dan memerlukan external reader yang lain. Tambahan pula ada 100% view coverage, memang luas lah mata korang bila skodeng ambil gambar, tidak seperti kamera format DX yang seolah-olah seperti melihat kedalam lubang kunci "sakit mata !!"

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Musim Perayaan Atau Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti

18 August 2012

safe


  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
  3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

Persiapan Sebelum Pulang Berhari Raya

16 August 2012

pin pin

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan.

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di sini kami berkongsi panduan atau tips-tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.

Faedah Susu Ibu Terhadap Kanak-Kanak

15 August 2012

Sering kali kita tertanya apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula walaupun secara umumnya kita mengetahui kebaikannya melebihi apa yang ada pada susu formula. Jom lihat gambar dibawah bagi menerangkan faedah susu ibu terhadap kanak-kanak.

faedah susu ibu

Khadijah Firdaus