Review Permainan Anak Lego Duplo 135 Pieces

18 September 2014

Lego Duplo

Review ini lebih sesuai dijalankan oleh Ahmad dan Bilal kerana diorang adalah pengguna yang banyak meluangkan masa bersama Lego Duplo. Ini adalah hari kedua Ahmad dan Bilal bermain Lego Duplo bersama-sama dengan Abi.

Melihatkan Bilal bermain Lego di Rumah Maktok tempohari menyebabkan Abi berfikir-fikir mahu membelikan permainan anak-anak. Bakat anak-anak sudah dijelaskan ketika kecil, kita lah yang perlu menajamkan dan mencerahkan mata agar dapat melihat bakat anak-anak itu dan kemudiannya dibantu dan diasah untuk dimajukan ke peringkat yang lebih mantap.

Ini lah Sekolah Bakat yang sebenarnya. Sekolah Bakat mesti bermula di rumah bersama dengan Ibu bapa. Kesemua anak dilahirkan bersama dengan kreativiti, ianya adalah satu pakej. Masa dan persekitaran itulah yang menentukan pendedahan yang diterima oleh anak-anak tersebut samada membolehkan mereka terus berkembang atau kreativiti mereka berhenti menjadi bantut. Ketakutan adalah perkara utama yang membantutkan kreativiti samada pada kanak-kanak ataupun orang dewasa itu sendiri. Maka ibubapa perlu belajar bagaimana cara untuk menguruskan kreativiti anak-anak. Ya, aku bapa yang masih belajar tentang itu!

Oleh sebab yang demikian, aku mengentalkan hasrat dan pergi membeli set Lego Duplo 135 Pieces yang sesuai dimainkan oleh anak yang berusia 18 bulan sehingga 5 tahun. Set ini didatangkan bersama-sama dengan kotak dan manual gambarajah model-model yang dapat membantu anak-anak ketika bermain membina Lego Duplo. Model binatang, model hidupan hijau seperti pokok serta model kenderaan dan pengangkutan dapat dibina dengan menggunakan set Lego Duplo135 pieces. Harganya adalah RM179.90, jika nak dapatkan murah, pergilah beli diakhir tahun. Puas kami servey Lego Duplo di Mudah.my dan Lelong.com, tetapi tiada yang menjual set 135 pieces ini.

Lego Duplo

Lego Duplo

Bukan kami tak pernah beli Lego untuk Ahmad letika umurnya sepertimana Bilal ketika ini, kami pernah membeli agar Ahmad dapat bermain Lego, mungkin kerana Ahmad lebih selesa menghabiskan masa bersama dengan permainan orang-orang tua seperti berjogging, menaiki basikal pada ketika itu. Mungkin sekarang adalah masa yang lebih sesuai bagi Ahmad bermain Lego Duplo memandangkan beliau sudah ada regu untuk bermain bersama-sama dan adiknya Bilal yang menjadi motivasi Ahmad ketika bermain.

Dibawah adalah gambar Ahmad membantu membuka plastik permainan Lego dan ketika mereka bermain Lego Duplo bersama-sama.

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo

Lego Duplo


Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.