Pengajaran Yang Mahal di Bulan Puasa Ramadhan

21 July 2014

Keluarga Kami

Ini sebahagian keluarga aku, ini adalah kali keTiga kami membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. Ramadhan kali ini dan seterusnya kami tekad untuk tidak berbelanja di Bazaar Ramadhan bukan disebabkan kami memboikot tetapi kerana nak menahan diri dari berbelanja lebih mendekati pembaziran ditambah pula begitu banyak kes keracunan akibat memakan juadah dari Bazaar Ramadhan yang sebahagian pengusahanya tidak menjaga kebersihan dan tiada kualiti makanan.

Alhamdulillah walaupun tak berjaya mencapai matlamat penuh, Alhamdulillah hanya 3 kali sahaja kami ke Bazaar Ramadhan InsyaAllah sehingga habis 30 hari. Gambar dibawah adalah gambar kami berehat di buaian setelah ke Bazaar Ramdhan buat kali ke-3.

family

Bilal

Ini pula sedikit cerita tentang Bilal; anak lelaki yang ke-2 hasil pernikahan kami. Hari ini Bilal sudah berumur 1 tahun 5 bulan. Aku dapat lihat perkembangan yang sangat pesat ketika Bilal berumur 1 tahun 3 bulan. Bukan bermakna sebelum ini Bilal tiada perkembangan, tetapi perkembangan sebelum umurnya 1 tahun 3 bulan adalah seperti menaiki tangga escalator yang bawa troli TESCO. Sedangkan gambaran perkembangan Bilal ketika umurnya memasuki 1 tahun 3 bulan seperti sebuah tangga 20 kaki yang diletak bersandar di pokok kelapa untuk mengambil buahnya!

Ana Bilal

Pada umur 15 bulan, Bilal sudah boleh mengangkat punggung untuk disarungkan masuk diapers di bawah, sudah boleh membuat pelbagai bunyi monotone, sudah pandai meniru bunyi kucing dan merangkak seperti kucing juga, sudah pandai menaiki kereta mainan dan menolak serta mengawal handle dan stereng dengan baik tanpa melanggar dinding, sudah pandai berkongsi permainan bersama Ahmad, sudah pandai mengelap lantai yang basah akibat air tertumpah, sudah pandai memasukkan pakaiannya ke dalam raga, sudah pandai mengambil giliran menunggu mandi, sudah pandai memanjat tangga, sudah pandai bermanja, sudah pandai meminta dukung dengan Abi, sudah pandai memanggil neneknya dengan panggilan 'Mak'; dengan jelas dan mengenalpasti neneknya secara spesifik, sudah pandai bergurau, sudah pandai meniru apa yang dilihat seperti menembak pistol menggunakan tangan beserta bunyi 'peng'.

Itulah sebahagian perkembangan bilal yang sangat rapid. Panjang sangat nak state satu-satu perkembangannya disini, tak boleh nak tulis semua. hehehe...

Ahmad

feed your brother first

Diatas pula adalah gambar Ahmad memberi makan fishball pada Bilal selepas berbuka di Masjid berhampiran. Aku sudah pesan pada Ahmad ketika berbuka di Masjid tadi, dia kena beri makan orang lain dahulu yang perlu makan walaupun ketika itu ditangannya ada makanan yang hanya cukup untuk dirinya sahaja. Aku berharap pada Allah agar dalam diri mereka tersemat sifat-sifat orang Ansar yang menyanyangi saudara se-Islam melebihi diri mereka dan keluarga sendiri. InsyaAllah Aminn...

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

5 comments: