Gaji & Elaun Ahli Parlimen Malaysia Mengikut Kertas Statut 235 Tahun 1983

08 September 2013

politik pokok wang

Gaji Dan Elaun Ahli Parlimen Malaysia Mengikut Kertas Statut 235 Tahun 1983

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

(Akta 237)

Menurut seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, Yang di-Pertuan Agong dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi AHLI PARLIMEN adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;

1A. Elaun Mesyuarat

a) Elaun ini dibayar pada kadar RM200 sehari kerana menghadiri persidangan Majlis Parlimen.

b) Elaun ini dibayar pada kadar RM150 sehari kerana menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan lain-lain yang dianjurkan secara rasmi oleh Kementerian/Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri yang daripadanya Ahli Parlimen menerima undangan rasmi untuk menghadirinya.

c) Ahli Parlimen layak untuk dibayar satu elaun mesyuarat sahaja bagi mesyuarat yang dihadiri oleh Ahli Parlimen itupada hari yang sama di bawah subperenggan (a) atau (b).

1B. Elaun Keraian

Elaun ini layak dibayar sebanyak RM1,500.00 sebulan

1C. Bayaran Khas

a)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Dewan Negara pada kadar RM 750 sebulan

b)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Dewan Rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan.

c)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Parlimen kecuali Anggota Pentadbiran seperti yang ditakrifkan di bawah fasal (2) perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

2. Elaun Hidup Harian semasa bertugas rasmi ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003

a) Suatu elaun berjumlah RM150 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi di luar Malaysia.

b) Suatu elaun yang berjumlah RM100 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi -

(i) di suatu tempat yang jaraknya tidak kurang daripada 32 km pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen; atau

(ii) bagi menghadiri persidangan Majlis Parlimen tanpa mengambil kira jarak daripada pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen.

3. Elaun Makan semasa bertugas rasmi di luar Malaysia ST. 174/03 Mdt. 1.10.2002

Elaun ini dibayar berasaskan Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dan apa-apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia.

4. Bayaran Sewa Hotel semasa Bertugas Rasmi

a) Bayaran Sewa Bilik Hotel yang dilakukan apabila bertugas rasmi di luar Malaysia hendaklah berasaskan Pekeilling Perbendaharaan yang berkaitan dan apa- apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia.

b)Jika menjadi perlu bagi seseorang Ahli Parlimen bermalam di luar pejabat atau tempat kediaman semasa bertugas rasmi di Malaysia, bayaran sewa hotel yang kena dibayar tidak boleh melebihi RM350 semalam dan hendaklah disokong dengan resit. Apa-apa caj atau cukai perkhidmatan yang dikenakan berkenaan dengan sewa hotel, boleh dituntut sebagai tambahan kepada kelayakan maksimum dengan syarat bahawa caj tersebut dimasukkan ke dalam bil sewa hotel itu.

Bagi maksud ini, ungkapan “di luar pejabat atau tempat kediaman” ertinya jarak di luar lingkungan 32km (20 batu) dari pejabat atau tempat kediaman”.

c) Jika tidak menginap di hotel, Elaun Lojing pada kadar RM80 semalam dibayar tanpa memerlukan sokongan apa-apa resit.

5. Belanja Pelbagai.

Belanja Pelbagai bagi perjalanan rasmi kerana menjalankan tugas rasmi atau mesyuarat rasmi sebagai Ahli Parlimen layak dituntut seperti berikut-

a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta sendiri;

b) bayaran talipon dan taligram atas urusan rasmi;

c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di hotel;

d) bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;

e) bayaran “excess baggage” untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit.

f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran “toll” yang disokong dengan resit;

g) 25% dari Elaun Makan bagi maksud bayaran “Tips” “gratuities” dan “porterage” semasa bertugas rasmi di luar Malaysia.

h) 3% daripada jumiah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai gantirugi berkaitan penukaran matawang asing.

6. Elaun Perjalanan Kenderaan

a) Jika menggunakan kereta sendiri, Elaun Perjalanan Kenderaan kerana menjalani tugas rasmi atau; menghadiri mesyuarat rasmi sebagai Ahli Parlimen layak dituntut menurut kadar hitungan yang tertinggi sekali bagi Kelas A untuk pegawai Kerajaan.

b) Jika tidak menggunakan kereta sendiri bagi maksud di perenggan kecil (a), bayaran tambang sebenar pengangkutan awam layak dituntut.

c) Seorang ahli hanya berhak kepada satu elaun perjalanan jika mesyuarat dan tugas itu kurang daripada 28 hari dan jika tempoh itu 28 hari atau lebih maka ahli itu berhak kepada elaun perjalanan tambahan dikira satu elaun pada tiap-tiap 14 hari ia menghadiri mesyuarat itu, termasuk hari cuti atau hari penangguhan di dalamnya.

Tetapi syarat ini tidak menyentuh hak seseorang ahli yang tempat kediamannya atau penginapannya di dalam lingkungan 32 km (20 batu) ke tempat mesyuarat atautugas rasmi itu.

7. Cara mengemukakan tuntutan

Apabila mengemukakan tuntutan mengenai perkara-perkara dalam perenggan 1 hingga 6 di atas, satu safinan surat panggilan mesyuarat atau surat arahan menjalani tugas rasmi hendaklah dikepilkan bersama dengan borang tuntutan.

8. Kelayakan Perjalanan

a) Layak untuk tiket kapalterbang Kelas Bisnes bagi perjalanan rasmi.

b) Layak dibekalkan 2 Pas Kereta Api percuma bagi Kelas Satu termasuk tempat tidur.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan adalah diberi.

d) semasa Parlimen bersidang, Ahli Parlimen layak dibayar tambang pergi balik ke Negeri masing-masing pada setiap hujung minggu

Ahli Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, layak dibayar tambang pergi balik atau elaun perjalanan kenderaan seperti diperenggan kecil 6(a) dengan syarat Bahagian Pilihanraya Parlimen ahli Parlimen adalah di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari Bangunan Parlimen.

Bayaran tambang atau elaun perjalanan kenderaan akan diberikan yang sama nilainya dengan 3 hari elaun hotel dan 3 hari elaun hidup harian atau tambang pergi balik sebenar, yang mana lebih tinggi.

9. Elaun Bulanan Tetap Perjalanan

a)Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan Negara pada kadar RM750 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.

b)Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.

c) Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat tidak layak membuat tuntutan bagi Elaun Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan

Kenderaan dalam perenggan 6 bagi bulan tertentu melebihi kadar Elaun Bulanan tetap Perjalanan sebanyak RM750 sebulan dan RM 1,500 sebulan masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli dewan Rakyat.

d)Jika jumlah tuntutan Elaun Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan Kenderaan dalam 6 bagi bulan tertentu melebihi RM750 dan RM 1,500 masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, pengemukaan tuntutan elaun hendaklah disokong dengan resit dan surat jemputan dan amaun yang dibayar balik ialah perbezaan antara Elaun Bulanan Tetap Perjalanan dengan jumlah tuntutan yang dibuat.

10. Elaun Tetap Pemandu Kereta

Elaun Bulanan Tetap Pemandu Kereta sebanyak RM1,200 sebulan layak dibayar tanpa mengemukakan bukti menggaji pemandu kereta.


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete