Dosa Percuma MLM Posting Blog, Facebook, Twitter Dsb

23 May 2013

dosa MLM yang berterusan

Mungkin ramai yang dah tahu, atau ada yang langsung tak tahu dan ada pula yang pura-pura macam tak tahu walaupun dah diberitahu.

Ramai penulis blogger mahupun pengamal facebook meletakkan posting atau mengupload meterial samada gambar atau video yang mendedahkan aurah; samada gambar or video diri sendiri atau orang lain. Tidak kira lah si pelaku (yang mendedah aurah) itu muslim atau tidak... perlakuan mendedahkan aurah itu adalah dosa. Dan orang yang mempromosikan, like, share atau menyebabkan material tersebut disebarkan secara meluas juga mendapat saham dosa yang tidak henti-henti seperti MLM. Tidur atau jaga, mereka berterusan dapat dosa.

Dia solat, malaikat catit dosa... dia buat haji, malaikat catit dosa... dia berzikir, malaikat catit dosa... dia menderma, malaikat catit dosa... dia berpuasa, malaikat catit dosa... dia mati dah masuk kubur pun, malaikat terus menerus mencatit dosa... dosa yang disebabkan amalan like, share dan promote material mendedahkan aurah (tak kira lah yang mendedah aurah tu muslim atau tak) dan juga maksiat samada di belog atau facebook atau twitter atau whatsapp dsbg...

Allah maha pengampun... betaubat dan berusaha lah untuk memadam dan menghapuskan jejak maksiat tersebut... walaupun niat kita ingin berkongsi ilmu sekalipun, ianya bukanlah menjadi tiket untuk menghalalkan yang nyata dan telah jelas diharamkan oleh Allah SWT.

Begitu juga lah pekerjaan sebagai jurugambar dsbg... Allahua'lam...


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.