Cara Penyimpanan Susu Dan Mencairkan Susu Beku

11 August 2012

mum luv

Panduan penyimpanan susu dan mencairkan susu beku, Pada akhir tahun 2011, Siti ada menulis Post dengan tajuk yang hampir sama iaitu penyimpanan susu ibu, maklumat tambahan bagi ibu bekerja dan menyedia dan memanas susu ibu, cuma kali ini Siti ingin memberikan penerangan bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan.

Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)

Menyimpan Perahan Susu Ibu
Perahan susu ibu yang baru boleh dibiarkan pada bilik yang berhawa dingin (Air Cond), (kurang daripada 25 ° C atau 77 ° F) selama 6-8 jam.
Manakala pada suhu bilik yang biasa di Malaysia khasnya, perahan susu ibu yang baru hanya boleh dibiarkan selama 4 jam.
Perahan susu ibu yang tidak digunakan mestilah disimpan di dalam peti sejuk dalam jangkamasa yang tersebut. 

Bekas Untuk Menyimpan Perahan Susu Ibu
Gunakan bekas kedap udara contohnya seperti balang kaca atau bekas plastik keras yang bertutup.
Beg beku / beg penyejuk bersama pad penyejuk (cooler bag & ice pack) yang khas juga boleh digunakan.
Jangan gunakan plastik yang nipis untuk menyimpan perahan susu ibu kerana ia mudah terkoyak dan mudah rosak. 

Membersihkan Bekas Penyimpanan Susu
Untuk kepentingan kesihatan bayi, bekas yang digunakan perlulah dibasuh dengan menggunakan air panas yang bersabun dan juga dibilas dengan air panas. Biarkan bekas mengering dengan sedirinya di atas permukaan yang kering, bersih serta jauh dari punca makanan.

Tips Penyimpanan Perahan Susu Ibu
Sejukkan perahan susu ibu yang baru sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam.
Labelkan bekas dengan meletakkan tarikh dan masa.
Simpan perahan susu ibu dalam jumlah yang kecil untuk mengelakkan pembaziran.
Sentiasa menyejukkan perahan susu yang baru sebelum meletakkan bersama susu lain yang telah sejuk atau yang telah beku.
Tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 1 inci tinggi di dalam setiap bekas yang digunakan untuk menyimpan perahan susu ibu.

* Jika bayi anda pramatang (dilahirkan terlalu awal) di hospital, anda boleh bercakap dengan jururawat berkenaan penyimpanan perahan susu ibu dan cara untuk membersihkan bekas. Anda juga boleh meminta bantuan pihak hospital untuk disterilkan bekas susu.

Perahan Susu Ibu Boleh Disimpan Dengan Menggunakan Cara-Cara Yang Berikut:


Penting:
Letakkan bekas yang mengandungi perahan susu ibu di dalam peti sejuk atau peti beku di bahagian yang paling dalam dimana ianya adalah yang paling sejuk.
Buang segera mana-mana perahan susu yang telah luput.



Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Telah Beku
Susu beku yang telah dicairkan boleh disimpan semula di dalam peti sejuk selama 24 jam.
Jangan membeku semula susu yang telah cair.

Semak tarikh pada bekas simpanan susu ibu. Gunakan bekas yang mempunyai tarikh yang paling hampir

Cairkan perahan susu beku dengan membiarkannya di dalam peti sejuk selama 4 jam ATAU ...

... meletakkan bekas perahan susu ibu dibawah aliran air paip. Apabila ia telah mula mencair, anda boleh merendamkan ke dalam air suam <40°C.

Jangan sekali-kali mencairkan perahan susu ibu yang telah beku pada suhu bilik.

Memanaskan susu ibu dengan meletakkannya ke dalam bekas yang mengandungi air suam <40° C.

Jangan mencair atau memanaskan susu ibu dengan menggunakan dapur memasak atau ketuhar gelombang mikro. Jangan membeku semula apabila susu telah cair.

Tips Memberi Minum Bayi:
  • Goncangkan susu ibu yang telah suam dan lakukan ujian suhu dengan meletakkannya di pergelangan tangan anda sebelum memberi minum bayi.
  • Kendalikan bayi anda samada dengan cara mendukung atau memangku apabila memberinya minum.
  • Ingat! masa penyusuan anda dan bayi adalah aktiviti eksklusif yang menyeronokkan. Bercakap-cakap dengan bayi dan memberikan banyak senyuman padanya juga boleh membantu menceriakan suasana.
  • Mengusap belakang bayi sekiranya perlu sendawa dan mengelakkan dari muntah.
  • Gunakan perahan susu ibu yang telah disuamkan dalam jangkamasa 1 jam sahaja.

Gambar Lain yang Berkaitan:

tempoh penyimpanan susu perahan

EBM storage guidelines

Pict Soure: toronto
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

14 comments:

  1. Slm kak..sy ada baca entry akk berkenaan penyusuan susu ibu.so,nk tny sikit...dlm entry akk ada ckp,susu yg diperah hndklh terus dimasukkn ke bahg peti sejuk beku.boleh ke bt mcm tu? Setahu sy..susu yg bru diperah/pam hndklh diletakkn di bahg bwh peti sejuk ...beberapa jam atau 1 ,2 hari..barula diletakkn di bahg atas peti sejuk/bahg beku.. harap akk dpt bantu.betulkn sy..jika sy tersilap..tqvm.

    ReplyDelete
  2. kalau nur nak guna untuk waktu yang terdekat, nur perlu simpan di pintu bawah. tapi klu nur bercadang nak simpan lama wat stok disebabkan susu yg sedia ada mencukupi untuk kegunaan terkini, simpan terus di sejuk beku.

    tapi klu nur tak tahu nak letak mana dan memandangkan mungkin nur akan guna dan mungkin akan simpan, nur perlu letak dibahagian bawah kemudian bila dah ada lebihan stok, perlu pindah ke sejuk beku sepertimana yang nur terangkan. :D

    tapi biasanya perkara ni adalah mengikut kesesuaian tubuh badan, permintaan. bila dah lama wat,,, automatik akan tahu samada nak simpan terus sejuk beku atau nak letak di pintu bawah.

    ReplyDelete
  3. Salam sis, susu yg dah disuamkan masih boleh disimpan semula dlm peti sejuk ker kalau agak2 dia tak boleh abiskan dlm masa 1 jam?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Discard it dear. Buang, yp pam harus diteruskan konsisten :)

    ReplyDelete
  5. slm sis,sy br bljr nk simpn ssu perahan ni,mslhnye peti sejuk sy 1 pintu n bhgian sejuk beku tu plk pintu nye dah tercabut.klo sy simpn ssu perahan di bhgian sejuk beku tu brp lame tahan ye..2mggu jgk ke.setakat ni sy xbuat stok byk2 sbb sy hanye simpan di bhgian bwh yg thn 5hari je.sy perah harini utk bekalan esk.nk bli peti sejuk baru blm smpi masenye lg..lgpun peti tu masih elok.cume penutup sejuk beku tu je yg tercabut..mohon pencerahan ye sis..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau susu tu boleh membeku, InsyaAllah boleh tahan sehingga 2 minggu.

      Delete
  6. salam sis.. sy nk tanya susu yg dh di bekukan pastu dicairkan dlm chiller, susu tu blh simpan berapa lama pula kat chiller?
    soalan ke2 sy nk th klau la sy simpan susu dlm bekas sebanya 5 oz pastu sy kluarkan 3oz ke btl lain utk dipanaskan kemudian lg 2oz tu sy simpan semula dlm chiller. selepas tu ank sy nk susu lg sy kluarkan yg balance 2oz tu dan cmpr kan susu br utk cukupkan 3oz blh ke x? arap dpt tlg sy yea.. ank pertama sy x berjaya bg susu bdn sbb x ada pengalaman jd klau blh yg no2 ni dpt sy lalui.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1-24 jam
      2-susu yang dah dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa sejam ke dua jam. jika nak campurkan susu yg balance dengan susu yg sedia ada, suhu kedua2nya hendaklah sama..baru boleh campur..
      3- harap dapat membantu awak..moga Allah mempermudahkan perjalanan penyusuan awk :)

      Delete
  7. Slm sis nk tny, sy br lik dr kg..tgk2 susu yg sy bekukan mulai cair sbb letrik terputus...dlm botol tu tgh2 beku,kliling cair dh...ape perlu sy buat,bekukan smule atau buang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adiba alia..
      nak tanye,awk tau x dah berapa lama blackout yer?
      kalau nak buang,sayang pulak..awk letakkan susu tu kat bahagian chiller dan tgk samada susu tu ok lg ke x..lau ok, habiskan susu tu dalam masa kurg seminggu...kalau x ok terpaksa discard la..moga dapat membantu dengan jawapan ni...

      Delete
  8. sy letak susu di bahagian bwh n bw ke rmh pengasuh tp dia terlupa nk simpn dlm peti ais.susu tu dh duk kat luar lbh krg 8 jam dh...blh gn lg ke atau buang? satu lg mcmmn nk tau susu tu elok atau dh x blh mnm?adkh ia berketul mcm susu formula?dihrp sis dpt bntu sy.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terdedah diluar, cukup time buang sahaja. Pulang ke rumah, nyusu badan anak puan ye. Bau susu biasanya tengik akibat kadar enzim lipase, bau tengik ini bukan penunjuk aras susu itu sudah rosak atau basi..

      adalah normal susu ibu yang disimpan akan membentuk 2 lapisan ketara. ini normal.

      biasanya ibu sendiri boleh kenalpasti susu ibu yang rosak dengan melalui rasanya dan warnanya. teruskan memerah susu badan supaya dapat dibuat perbandingan warna dan rasa susu baru dan susu yang dah masuk minggu kedua dan seterusnya.

      jika yakin selamat, teruskan guna. jika tak yakin, buang. sebab susu ibu, ibunya yang lebih arif, sebab pemakanan kita berbeza beza. harap ini dapat membantu.

      Delete
  9. Salam ..baby saya dianta ke trgnu untuk mak mertua jaga , manakala saya duduk Kat seremban.. nak Tanya cara nk sejukkan susu beku dalam storage beg 12oz .. and cara untuk simpan balance susu yang telah dicairkan supaya tidak merosakkn susu badan. .thanks you..♥♥

    ReplyDelete